Saturday, December 29, 2012

Carta Keperluan Manusia

12/29/2012
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini kita berbicara berkaitan dengan keperluan manusia. Carta dibawah adalah merupakan idea yang di tulis oleh Abraham Maslow. Carta ini menerangkan bagaimana setiap keperluan manusia mesti ada kaitan dengan wang. Pastikan anda menganalisa dan mendalami setiap keperluan asas dalam kehidupan manusia dan cuba sesuaikan dengan keperluan anda. 

KEPERLUAN HIDUP MANUSIA KAITAN DENGAN KEWANGAN

1. Agama / Spiritual
Kos pembinaan masjid sekarang ini melambung setiap tahun. Setiap sen yang anda dapat berikan ke masjid memang cukup bermakna! Sekarang ini juga terdapat ramai fakir miskin dikalangan masyarakat kita. Lihat saja di kejiranan kita. Jika di KL, individu yang berpendapatan RM3000 kebawah ditakrifkan sebagai miskin bandar! Jadi jika kita dapat membantu saudara kita, ianya adalah sangat bagus.

2. Cinta & Kasih Sayang
Di Malaysia, anda perlukan sekurang-kurangnya RM20,000 untuk berkahwin! Itu hanyalah anggaran sahaja. Ianya banyak bergantung kepada individu yang mempunyai pelbagai citarasa yang sememangnya akan meningkatkan kos perkahwinan.



3. Keluarga
Kos untuk melahirkan anak, menghantar anak-anak ke sekolah hari ini cukup memeningkan kepala! Tidak termasuk kos kenduri-kendara anak-anak anda nanti! Seorang rakan kerja ditempat saya memberitahu bahawa kos bersalin isterinya mencecah RM12 ribu di sebuah Hospital swasta di ibu negara. Saya tidak pasti adakah itu benar, tetapi jika benar, anda seharusnya lebih bersedia untuk memikirkan tempat yang anda ingin bawa apabila isteri anda bersalin nanti.

4. Kesihatan
Tahukah anda kos untuk membeli perubatan naik hampir 5% tiap-tiap tahun dan kebanyakan ubat yang terbaik datang dari negara luar? Kesihatan adalah kurniaan Ilahi yang harus kita jaga dengan semaksima mungkin. Anda tidak memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan jika anda mempunyai inisiatif untuk mengamalkan gaya hidup sihat mulai hari ini.

5. Ilmu
Universiti bukan suatu tempat yang murah! Pergi ke sekolah sekarang ini pun sudah cukup menggunakan duit yang banyak. Duit untuk perbelanjaan harian sahaja mencecah RM5 sehari. Kos pengangkutan yang meningkat saban tahun. Sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda menjadi buta huruf? Diperli, diejek kerana konon-kononnya tidak cukup pelajara? Semuanya bergantung kepada anda sekarang.




Tuesday, December 18, 2012

Kemahuan Hanya Bersifat Sementara

12/18/2012
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pernahkah di dalam hidup anda, suatu masa dahulu mengingini sesuatu sehingga anda sanggup bekerja 24 jam bermati-matian dan menyimpan sebanyak-banyak wang supaya anda dapat memiliki sesuatu barang itu?. Contoh yang mudah, suatu masa dulu anda amat mengidamkan memiliki sebuah kereta berprestasi tinggi dan sanggup menyimpan segala wang yang anda ada untuk mendapatkannya.



Tetapi setelah anda berjaya memilikinya beberapa tahun yang lalu, anda sudah mula jemu dan langsung tidak menghargainya lalu memberikannya kepada kenalan anda dengan percuma. Ada pula tu sesetengah kawan anda menjualnya umpama menjual kain buruk sahaja. 

Sebenarnya, segala keinginan itu adalah bersifat sementara sahaja. Ianya merupakan kehendak dan bukan sesuatu yang PERLU. Yang penting adalah keperluan hidup anda seperti kebebasan, kesenangan, kemudahan, kesihatan, kekeluargaan dan lain-lain adalah terjamin

Jadi, adakah anda rasa berbaloi memiliki sebuah BWM idaman anda itu sekarang? Satu masa nanti anda akan rasa jemu dan BMW itu akan berubah manjadi buruk juga akhirnya. Belajarlah menyimpan wang agar satu hari nanti, ianya akan benar-benar membantu anda untuk sesuatu barang yang menjadi KEPERLUAN anda nanti.

Monday, December 3, 2012

Mantapkan Perkara Asas Dahulu

12/03/2012
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Setelah membaca beberapa artikel sebelum ini, saya agak pasti anda sekarang sudah memahami serba sedikit bahawa anda memang memerlukan wang untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak didalam kehidupan anda.

Tanggapan yang salah adalah anda mesti melanjutkan pelajaran ke universiti dan memperolehi segala kemahiran dalam hidup ini supaya anda dapat wang di dunia ini. Atau anda memerlukan nasib menyebelahi diri anda ataupun anda perlu mengenali mana-mana ahli politik untuk berjaya di dalam hidup ini. Jawapan sebenarnya adalah... IA BERGANTUNG 100% KEPADA ANDA!


Berapa ramaikah jutawan di Malaysia ini yang mempunyai sebarang ijazah? Ramai jutawan terutamanya yang berbangsa Cina boleh berjaya tanpa sebarang kaitan dengan ahli politik! Jika anda mahu menjadi kaya...anda tentu boleh. Tetapi ianya mesti bersyarat dan syarat tersebut adalah anda MESTI menguasai ilmu yang paling asas iaitu kaedah menyimpan wang dan melaburkan wang tersebut supaya berkembang.

Ada satu pepatah, jika kita kaya tetapi tidak berilmu, nescaya duit akan habis bila sampai masanya. Manakala jika kita berilmu, nescaya duit yang sedikit boleh menjadi sebesar bukit. :) Dalam memahami perkara asas dalam simpanan dan pelaburan, mesti terdapat sedikit kos yang akan dikenakan oleh orang yang sudi mengajar kita. Anggaplah kos ini sebagai kos pembelajaran kerana memang nyata, tidak ada ilmu yang percuma dewasa ini hatta ilmu untuk menguasai bacaan Al-Quran.

Oleh itu, semakin dalam anda menguasai ilmu simpanan dan pelaburan, semakin tinggi peluang anda untuk mencapai tahap kebebasan kewangan seperti yang anda impikan dari dahulu.


Thursday, November 22, 2012

Erti Kebebasan Kewangan Bagi Anda

11/22/2012
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Adakah anda ingin menjadi seorang yang mencapai tahap kebebasan kewangan? Sebelum anda menjawab pertanyaan saya ini, anda perlu duduk seketika dan memahami apakah erti sebenar kebebasan kewangan yang anda inginkan ini? Apakah sebenarnya yang anda inginkan di dalam kehidupan anda yang sementara ini? Mengumpulkan wang sebanyak yang mungkin supaya anda tidak perlu bekerja lagi atau wang untuk membayar segala hutang keliling pinggang anda? 

Lain orang, lainlah jawapannya. Satu perkara yang hampir pasti adalah keperluan manusia yang pertama adalah WANG. Kerana dengan adanya wang, anda boleh melakukan apa sahaja yang anda inginkan dalam hidup ini. Ramai orang menganggap bahawa wang bukan segala-galanya, tetapi apabila masalah mula datang di dalam hidup anda, anda akan mula mula berfikir semula samada kenyataan “MONEY IS NOT EVERYTHING” patut di guna pakai.

Saya juga seperti anda, sentiasa memikirkan bagaimana kita dapat mepertingkatkan taraf kewangan kita. Sehingga ke satu tahap, saya sedar, wang tidak akan datang dengan sendiri. Ianya mesti diusahakan. Tetapi bagaimana?

InsyaAllah, saya akan cuba mencari jawapan untuk persoalan di atas dan akan cuba kongsikan dengan anda semua. Saya yakin, semakin banyak yang kita baca (melalui buku atau internet), kita akan mendapat satu petunjuk untuk memperolehi wang dan menguruskan dengan baik.

Recent

recentposts

Random

randomposts