Sunday, January 6, 2013

Kawal Wang Anda

1/06/2013
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsikan satu tips mudah untuk pengurusan kewangan anda. Walaupun ianya mudah, tapi cuba pastikan anda mulakan pada hari ini juga. :)

Bina satu sistem yang mudah untuk menyusun kewangan anda. Gunakan Microsoft Excel untuk menyusun perbelanjaan harian anda. Di internet, terdapat pelbagai bentuk Excel yang diberikan percuma untuk mendapatkan template Excel tersebut. 

Secara ringkasnya, anda perlu menutup segala kebocoran dalam sistem perbelanjaan anda. Anda perlu tahu kemana duit anda dibelanjakan. Di penghujung bulan, anda harus menganalisa semula semua perbelanjaan anda dan cuba cari jalan bagaimana untuk menghindarkan perbelanjaan yang tidak perlu;

Cuba anda ikuti latihan-latihan mudah berikut :

1. Rancang perbelanjaan anda. Hadkan perbelanjaan dan senaraikan barang-barang yang anda perlukan sahaja sebelum pergi membeli-belah dan tuliskannya di atas kertas.

2. Ambil sedikit masa untuk memantau harga pasaran dan pergi ke empat buah kedai sebelum membeli sesuatu. Untuk ini, anda boleh membuat perbandingan secara maya di talian internet. Periksa setiap promosi yang ditawarkan oleh tempat yang anda ingin tuju. Lawat pula laman web pesaing syarikat tersebut. Mungkin terdapat beberapa promosi yang lebih baik sedang ditawarkan.

3. Tawar dan cari harga terendah sedaya upaya anda.

4. Ambil resit dan minta sekiranya tidak diberikan.

5. Perhatikan resit yang diterima kerana mungkin berlaku kesilapan.

6. Kategorikan resit anda untuk perbelanjaan rumah, belanja makan dan lain-lain lagi.

7. Selalu imbangkan akaun anda.

8. Masukkan resit ke dalam fail-fail yang telah dikategorikan khas!

9. Analisa dan kaji semula semua perbelanjaan anda pada hujung bulan dan ambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan pada barang yang BUKAN keperluan.




Thursday, January 3, 2013

Wednesday, January 2, 2013

Jualan Emas 999.99 (Gold Bar)

1/02/2013
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Artikel pada hari ini adalah berkaitan dengan perniagaan kecil-kecilan yang saya lakukan secara atas talian (Online). Perniagaan yang saya maksudkan adalah perniagaan menjual emas 999 dan juga 916. Walaupun saya tidak memperoleh keuntungan yang banyak, namun saya gembira kerana saya banyak mempelbagaikan portfolio saya dalam mencari sumber pendapatan.

Untuk perkongsian umum, Alhamdulilah, hari ini saya berjaya mendapat 2 jualan untuk 'Gold Bar' 1 gram. Syukur atas nikmat yang masih dikurniakann oleh Allah s.w.t.


Screenshot di atas merupakan bukti penerimaan duit masuk hasil jualan emas tersebut. Alhamdulillah, walaupun tidak banyak keuntungan yang diperoleh, namun saya puas sebab dapat memulakan perniagaan kecil-kecilan ketika saya agak sibuk  buat masa ini.

Bagi anda di sana, kita harus mempelbagaikan portfolio pendapatan kita. Sebaik-baiknya jangalah bergantung hanya kepada 1 sumber pendapatan sahaja. Cuba mulakan sesuatu yang boleh menghasilkan pendapatan tambahan. Mulakan hari ini walaupun hanya menjual produk orang lain dulu.

Recent

recentposts

Random

randomposts