Wednesday, December 18, 2013

Kelebihan Menggunakan Kad Kredit

12/18/2013
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Melalui pembacaan saya semalam, terdapat beberapa perkara menarik yang ingin saya kongsikan bersama anda. Ianya adalah berkaitan dengan penggunaan kad kredit yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia dan dunia.

Berikut adalah sedikit sebanyak kelebihan menggunakan kad kredit berbanding penggunaan tunai:


1. Dapatkan mata ganjaran

Setiap kali menggunakan kad kredit anda, anda akan mendapat mata ganjaran daripadanya. Mata ganjaran ini adalah sama dengan setiap ringgit yang anda belanjakan. Contohnya, jika anda membeli barangan keperluan harian dari Pasaraya Besar seperti di Giant/Tesco setiap bulan dengan membelanjakan RM180 melalu kad kredit, anda akan memperolehi 180 mata ganjaran (ianya bergantung kepada promosi yang ditawarkan oleh bank pengeluar kad tersebut). 

Perbelanjaan minyak kenderaan anda dalam RM160 sebulan, bil TNB, bil Telekom, premium Insuran, bil telefon bimbit. Jadi sebagai contohnya anda sudah dapat 571 mata ganjaran sebulan. Jadi dalam setahun, anda akan mendapat 6,852 mata ganjaran. Kebanyakkan kad kredit sekarang sudah tidak mengenakan caj tahunan. Walaubagaimanapun, caj kerajaan keatas pengguna kad kredit masih lagi berterusan. Mata ganjaran ini dapat digunakan untuk melancong atau menebus hadiah yang ditawarkan oleh bank tersebut. Jadi pastikan anda sentiasa menggunakan kad kredit selagi yang anda mampu untuk mengawalnya.

2. Untuk memantau belanjawan anda

Simpan semua penyata dan cuba imbangkan akaun anda dengan resit. Anda juga boleh melihat perbelanjaan anda melalui Internet di zaman sekarang. Dengan adanya penyata, anda boleh mengambil tindakan yang sesuai untuk mengawal perbelanjaan anda dengan membuat perbandingan perbelanjaan bulan tersebut dengan bulan sebelumnya.


3. Untuk pembelian secara atas talian

Anda perlukan kad kredit untuk membeli peralatan-peralatan perniagaan di dalam Internet seperti domain name registration, hosting dan pelbagai lagi. Ianya juga boleh digunakan untuk membeli sesuatu produk diluar negara dengan mudah.


4.Mudah dibawa

Sememangnya kad kredit dicipta untuk memudahkan urusan kita dari membawa wang yang banyak ketika keluar rumah. Dengan adanya kad kredit, risiko untuk berlarku sebarang kecelakaan seperti rompakan adalah berkurangan. 


5. Nilai yang besar

Rata-rata kad kredit memberikan had kredit kepada pengguna mereka sekitar RM8-15 ribu. Dengan duit sebanyak itu, kita mampu membeli barangan yang berharga secara kredit dan membayar balik kepada bank pada masa yang telah ditetapkan. Ada juga sebahagian bank yang menawarkan pembiayaan tanpa kadar faedah terutama untuk pembelian barangan elektronik.



Recent

recentposts

Random

randomposts