Thursday, January 30, 2014

Mendalami Keperluan Perbelanjaan Anda

1/30/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Adalah amat penting untuk kita mendalami sejauh mana keperluan perbelanjaan kita dalam kehidupan seharian. Jika anda seorang yang bujang, sudah pasti perbelanjaan anda adalah kurang berbanding dengan perbelanjaan orang yang sudah berkahwin. Hari ini, saya ingin kongsikan panduan untuk mendalami keperluan perbelanjaan anda.

Ambil sehari atau dua untuk menganalisa & memahami sepenuhnya segala keperluan dan perbelanjaan hidup anda sekarang. Kenali perbelanjaan anda secara mendalam dan sediakan matlamat jangka pendek untuk mengawal kewangan anda dan juga jenis perbelanjaan yang anda perlu tanggung setelah anda bebas kewangan nanti.


Matlamat utama anda adalah untuk sampai ke perbelanjaan optimum yang akan memastikan kebebasan kewangan dahulu dan kemudiannya perlahan-lahan anda akan dapat berbelanja dengan lebih sedikit daripada perbelanjaan asas anda itu. Ramai beranggapan bahawa kebebasan kewangan adalah mempunyai wang dan mampu berbelanja sesuka hati sahaja. Sebenarnya ia adalah kebolehan untuk menguasai dan mengawal perbelanjaan kita. Ini adalah kunci kebebasan kewangan yang sebenarnya. Kita cukup bertuah di bumi Malaysia kerana sistem ekonomi kita adalah bebas dan menghargai sesiapa yang bekerja keras untuk mencipta kejayaan.

Konsep Hutang
Pertamanya, mari kita memahami konsep hutang. Sebenarnya, ada 2 jenis hutang iaitu hutang baik dan hutang buruk. 

Apakah hutang baik? Hutang baik adalah wang yang anda pinjam untuk membayar aset yang memberi pulangan sekarang dan juga di masa akan datang. Contohnya, pinjaman perumahan adalah hutang baik kerana anda akan menjual rumah itu untuk keuntungan yang jauh lebih tinggi dari bunga atas pinjaman itu. Selain daripada itu, jika anda mengambil pinjaman persendirian untuk melabur dalam perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan, itu juga adalah hutang baik., 

Hutang buruk pula adalah hutang yang tidak mendatangkan sebarang pulangan kepada anda dan aset akan menyusut nilai. Contoh terbaik adalah pinjaman kereta. Nilai kereta akan jatuh bila tiba masanya, dan anda akan hilang semua duit anda. Bagaimanapun, kereta memang keperluan di Malaysia, tetapi tidak perlu membeli kereta yang besar. Cukuplah sekadar yang termampu sahaja

Recent

recentposts

Random

randomposts