Monday, September 8, 2014

3 Tips Tukaran Mata Wang Asing

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mata wang asing adalah sesuatu keperluan apabila kita berhajat untuk mengembara dan melancong ke sesuatu tempat diluar dari negara kita. Matawang asing ini boleh dibawa dalam bentuk fizikal dan juga berbentuk cek kembara. Namun, sedarkah kita bahawa jika kita tersalah tempat untuk menukarkan matawang asing ini, kita sebenarnya berada di dalam kerugian yang besar?

Dibawah ini saya sediakan 3 tips yang berguna apabila anda merancang untuk menukar matawang asing.



1. Jangan tukar di Bank Komersil
Bank komersil seperti CIMB, RHB dan Maybank ada menyediakan perkhidmatan tukaran asing di satu satu lokasi yang ramai pelancong. Namun, tukaran di bank boleh dikatakan agak tidak berbaloi kerana margin keuntungan yang mereka ambil adalah agak besar. Jadi, jika tidak terdesak, janganlah buat penukaran di kaunter bank-bank komersil.




2. Tukar di Pengurup Wang kategori 786 (Mamak @ India Muslim)
Umum mengetahu bahawa perniagaan ini dikuasai oleh sebilangan besar pengusaha mamak. Di Kuala Lumpur sahaja, rata-rata pengusaha adalah mamak. Kebiasaanya, mereka ini akan berikan kadar tukaran yang lebih bagus berbanding di bank komersil. Namun, anda harus bijak kerana walaupun tukaran adalah lebih bagus, namun tidak semua Pengurup Wang mamak ini memberikan harga yang sama walaupun dikalangan pengusaha mereka ini.

3. Buat perbandingan antara satu sama lain
Jika anda rajin dan mempunyai masa yang lebih, anda digalakkan untuk membuat perbandingan kadar tukaran antara satu Pengurup Wang dengan yang lain. Perlu difahami, pengusaha Pengurup Wang ini mempunyai  banyak rangkaian mereka sendiri. Margin keuntungan yang mereka ambil biasanya adalah kecil berbanding bank kerana mereka target kepada regular customer atau pelanggan tetap dan juga kepada volume yang banyak.

Harap anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Kita jumpa di post yang akan datang. :)


Recent

recentposts

Random

randomposts