Wednesday, September 10, 2014

Malindo Air memulakan penerbangan KL-Bandung pada 19 Disember 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Hari ini saya terbaca syarikat penerbangan Hybrid negara, Malindo Air akan memulakan operasi penerbangan dari KL ke Bandung, Indonesia bermula 19 Disember 2014. Sebagai seorang yang suka melancong, pastinya ini berita yang agak baik kepada kita kerana ianya dapat memberikan lebih pilihan kepada kita untuk melancong ke Bandung. Sebelum ini, syarikat MAS dan Air Asia mendominasi laluan ini. Kini, dengan adanya Malindo Air, saya pasti mereka akan bersaing dengan harga tawaran mereka.


Untuk pengetahuan, tiket Malindo Air ke Bandung akan bermula dari serendah RM99 sehala dan antara kelebihan syarikat penerbangan ini adalah seperti berikut:
1. Kapal terbang yang baru.
2. Elaun bagasi (termasuk sekali dalam harga tiket).
3. Makanan disediakan didalam pesawat.
4. Ruang kaki yang lebih besar.
5. Hiburan percuma di dalam pesawat.
Jadi, apa kata kita berehat sebentar dan singgah ke Bandung untuk membeli belah? :)
Sumber:
Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air bersedia melancarkan perkhidmatan harian antara klia2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung, Indonesia pada 19 Disember 2014 ini.
Penerbangan itu akan berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 1 tengah hari dan tiba di Bandung pada 2.05 petang, manakala penerbangan pulang dari Bandung akan berlepas pada 2.45 petang dan tiba di klia2 pada jam 5.50 petang, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Tambang promosi istimewa bermula daripada RM99, termasuk untuk perjalanan sehala bagi kelas ekonomi dan RM599 untuk perjalanan sehala kelas bisnes.
Berkuat kuasa 26 Oktober 2014, Malindo Air juga akan memulakan perkhidmatan harian ke Kota Bharu dari klia2.
Malindo Air kini menawarkan lapan penerbangan harian antara Subang dan Kota Bharu, menggunakan pesawat turbo-prop ATR72-600.

Recent

recentposts

Random

randomposts