Friday, January 30, 2015

Beg Yang Sama, Namun Harga Yang Berbeza

1/30/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Semoga anda terus sihat dan tenang menempuhi kehidupan anda. Saya doakan yang terbaik. :)

Hari ini, isteri saya telah berkongsi tentang satu beg yang pernah beliau beli di Txxxx, Mid Valley. Beliau ke sana untuk menebus voucher bernilai RM100 yang diterima sebagai ahli kedai tersebut. Kalau dilihat, kedai ini memang penuh dengan ciri-ciri elegan dan eklusif. Maka, tidak hairan jika sebuah beg tangan di sana boleh mencecah sehingga ratusan ringgit. 

Setelah dipujuk oleh isteri untuk ke kedai ini, saya akhirnya bersetuju untuk menemaninya untuk window shopping. Perkara ini biasa kita lakukan. Tidak perlu keluarkan duit pun untuk window shopping. Namun, setelah sampai di kedai itu, rasa rugi juga jika tidak menggunakan voucher yang telah diberikan. Lagi pula, tarikh tamat voucher tersebut hampir dekat. Jadi, isteri saya telah membuat keputusan untuk menggunakan voucher tersebut walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk top up sebarang perbezaan harga.

Selepas puas membelek-belek, akhirnya dia berkenan untuk membeli beg tangan berwarna pink. Harga yang dipaparkan adalah RM189. Selepas diskaun dengan voucher bernilai RM100, harga yang perlu dibayar adalah RM89 sahaja. Ok, selesai disitu. Itu cerita sebulan lalu. :)


Namun pada hari ini, ketika isteri membuat window shopping di internet, beliau mendapat satu lagi promosi dari kedai yang sama. Potongan diskaun adalah sebanyak 50% ditambah dengan 20% menjadikan jumlah semuanya adalah 70%. Walaubagaimanapun, harga untuk beg tersebut telah naik dari RM189.90 ke RM289 iaitu peningkatan harga sebanyak 53%. Walaupun setelah memberi diskaun sebanyak 70%, syarikat ini sebenarnya masih lagi tidak merasa kerugian hasil diskaun yang tinggi. Saya sangat berharap supaya terdapat perbezaan dari segi kualiti ataupun design, jadi, tidaklah terasa sangat seperti ditipu bulat-bulat oleh syarikat ini.


Mungkin ini adalah strategi syarikat tersebut untuk mengaburi mata pelanggan mereka. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang harus kita belajar dari peristiwa ini:

1. Promosi syarikat akan sentiasa ada dan terkini. Namun, produk yang dipromosikan kadang kala adalah berkualiti yang sama. Jika hari ini dia bagi diskaun melalui voucher RM100, esok lusa dia boleh bagi diskaun lain sebanyak sehingga 70% (dengan syarat, harga produk dah dinaikkan).

2. Sifat yang ingin sentiasa kelihatan trendy akan memakan diri. Ya, ini kerana, setiap design sesuatu produk itu akan cepat berputar kitarannya. Mungkin hari ini nampak cantik, tapi esok lusa dah jadi outdated. 

3. Anda boleh jimat banyak jika dapat pendamkan hasrat untuk membeli barang berjenama. Jika anda berbelanja untuk beg yang mahal ini, anda akan menyesal satu hari nanti samada kerana kualiti beg tersebut (made in China) atau kerana perbezaan harga yang ditawarkan pada masa akan datang.

4. Trik dan teknik ini telah menguatkan lagi spekulasi bahawa jika sesebuah syarikat itu ingin memberikan diskaun harga sebanyak 70%, kebanyakkan dari mereka telah menaikkan harga terlebih dahulu sebelum memulakan kempen promosi mereka. Ini adalah trik yang biasa penjual di Malaysia lakukan.

5. Ramai orang akan rasa bangga kerana dapat membeli sesuatu produk pada harga diskaun sebanyak 70%. Namun, mereka harus rasa malu, kerana mereka telah ditipu secara terang-terangan oleh penjual tersebut. Secara logik, siapa yang nak rugi dengan memberi diskaun sebanyak tuh? Lainlah kalau dia dah markup harga tersebut sebanyak 100% semasa di awal penjualan produk tersebut.

Harap anda dan saya dapat belajar sesuatu dari peristiwa ini. 

P/s : Artikel ini bukan untuk memburukkan mana-mana syarikat. Ianya semata-mata bertujuan untuk pendidikan kewangan untuk rakyat Malaysia.

Wednesday, January 28, 2015

Diturunkan Rating Kerja

1/28/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, saya sihat. Anda bagaimana? Saya doakan semoga anda terus sihat, kaya dan terus berjaya. InsyaAllah. :)

Setiap pekerja yang bertaraf makan gaji, pasti akan terasa tekanan apabila menjelang akhir tahun. Ya, tekanan kerja untuk menghabiskan semua projek yang dibuat dan dijalankan pada tahun tersebut. Dan yang paling penting, ketika proses penilaian untuk menilai samada kita menepati aras penanda yang ditetapkan oleh pihak majikan.

Didalam proses penilaian ini, akan ada perbincangan secara dalaman antara kita dan juga pengurus. Kebiasaannya, perbincangan ini akan berlanjutan hingga ke 2-3 hari kerana setiap perbincangan pasti ada juga hujahan dan alasan yang diberikan untuk melindungi kepentingan samada diri kita mahupun pengurus kita. 


Pada tahun 2014, ini adalah PPAE (Performance Appraisal for Executive) yang ke 4 bagi saya selama hampir 5 tahun berkhidmat di syarikat minyak dan gas di ibu negara. Walaupun perbincangan antara saya dan pengurus boleh dikatakan tiada masalah, namun keputusan akhir adalah seperti yang dijangka. Walaubagaimanapun, perbincangan beberapa hari lepas antara saya dan pengurus kanan syarikat adalah sesuatu diluar jangkaan apabila saya diberitahu bahawa rating telah diturunkan dari XX ke XX. Ini berpunca dari persekitaran ekonomi dunia yang 'memaksa' syarikat membuat keputusan drastik. Sedih sungguh. Namun, inilah realiti kehidupan. 


Dulu, seorang guru pernah berpesan kepada saya :- "Di dalam dunia korporat, jika anda tidak makan orang, orang akan makan anda". Sangat mendalam ayat-ayat ini. Kini, saya memahami sepenuhnya.

Bagi anda diluar sana yang menghadapi senario yang hampir sama, janganlah terus berputus asa. Yakinlah, rezeki itu datangnya dari Tuhan pencipta alam. Dia boleh cabut nikmat rezeki yang dikurniakan pada saat ini, Dia juga boleh berikan rezeki lain dari sumber yang tidak disangka-sangka. Sesungguhnya, kita merancang, tetapi, perancangan Allah adalah yang lebih Maha Berkuasa.

Semoga dengan rating PPAE ini, saya akan terus berusaha untuk memajukan diri saya di masa akan datang. Walaupun mungkin bukan di dalam syarikat minyak dan gas lagi, tetapi besar impian agar saya dapat memajukan diri didalam empayar perniagaan yang diusahakan oleh tangan saya sendiri pada masa akan datang. InsyaAllah. :)

Jumpa lagi di entry seterusnya nanti. :)

Sunday, January 25, 2015

Kenali Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

1/25/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar anda disana? Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda. Amin.

Hari ini, apa kata kita baca serba sedikit tentang tokoh yang pernah memenangi anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2008. Beliau yang saya maksudkan adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Dibawah ini ada beberapa tips atau info yang (saya copy & paste dari laman web yang kini sudah tidak wujud lagi) saya rasakan, ianya sangat berguna kepada kita semua. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan berusaha lagi untuk memantapkan ekonomi keluarga kita nanti. InsyaAllah. :)


+ Umur - 64 tahun
+ Pendidikan - SPM
+ Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
+ Antara syarikat miliknya - MMC, PTP, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM, Bank Muammalat, PROTON.
+ Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?.

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana
bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!.

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju
kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. …..kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 45 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


” Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal
soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala
balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”


(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)

Friday, January 23, 2015

Promosi Air Asia ke Korea

1/23/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semasa saya membuka peti emel hari ini, saya telah mendapat satu newsletter dari syarikat Air Asia untuk beberapa promosi yang sedang dijalankan oleh syarikat penerbangan ini. Mungkin disebabkan oleh kejatuhan harga minyak global, telah memberikan banyak ruang kepada pihak Air Asia untuk menggiatkan lagi promosi dan menarik semula penumpang yang rata-rata sudah kehilangan keyakinan terhadapat faktor keselamatan oleh syarikat ini berikutan berlakunya kemalangan QZ8501. Walaubagaimanapun, perkara ini telah berlaku dan diharapkan pihak Air Asia segera mengambil iktibar dari kemalangan ini.

Apa yang ingin saya kongsikan hari ini adalah promosi ke Korea dengan bajet serendah RM1,599 termasuk tiket penerbangan pergi balik dan juga hotel penginapan. 



Walaubagaimanapun, promosi ini hanya sah laku untuk tempoh penerbangan dari 26 Jan hingga 30 April 2015. Jika anda memang ada cita-cita nak ke Seoul, Korea, mungkin anda boleh cuba untuk mendapatkan info lebih lanjut berkenaan di laman web Air Asia sendiri di sini. 

Selamat melancong ya. :)

Saturday, January 17, 2015

Jika Anda Ingin Kaya....

1/17/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Diharapkan anda semua sihat selalu. Insya Allah. Hari ini, saya ingin berkongsi satu perkara asas atau foundation didalam kita mengetahui makna kekayaan. Perkara yang ingin saya kongsikan adalah Time Value of Money (TVM).
Umum kita mengetahui secara asas, nasi lemak yang kita beli pada hari ini yang berharga RM1 sebungkus, tidak akan sama lagi nilainya pada masa akan datang. Adakah ianya disebabkan oleh nilai sekeping note RM1? atau adakah ianya ada kaitan dengan inflasi?

Untuk mengetahui secara detail, anda boleh cuba membaca dan mendalami maksud TVM di sini.

Secara kesimpulan, jika duit yang anda guna pada hari ini, nilainya RM1, besar kemungkinan pada masa hadapan, nilai ini akan menjadi lebih rendah. Walaubagaimanapun, anda masih boleh menjana manfaat dari situasi ini dengan menyimpan wang anda di institusi kewangan berlesen yang memberikan pulangan dividen atau interest yang munasabah seperti di ASB dan juga Tabung Haji. Dengan setiap RM1 yang anda simpan, anda boleh meraih hampir RM0.07 sebagai dividen tahunan. Sekurang-kurangnya, ia dapat menangani masalah yang berlaku di mana nilai RM1 kita semakin susut saban hari.

InsyaAllah, jika ada lagi kelapangan masa, saya akan huraikan secara lengkap, apakah faktor yang mempengaruhi TVM dan apakah yang anda harus lakukan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Sehingga jumpa lagi di entry akan datang.

Salam hormat.

Thursday, January 8, 2015

Panduan Melancong Ke Universal Studios Singapore

1/08/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Diharapkan anda terus sihat sejahtera hendaknya. Hari ini, saya ingin berkongsi beberapa tips atau juga boleh dikatakan panduan bagi anda yang merancang untuk ke Universal Studios Singapore (USS). Untuk pengetahuan, saya telah pergi ke USS pada 4 Januari 2015 lepas bersama dengan isteri. 
Baiklah, saya akan kongsikan cara yang saya lakukan. Jika anda tidak faham apa yang saya tulis, harap anda dapat memberikan komen di bawah atau juga menghubungi saya melalui emel.

1. Parking kereta di Terminal Bas Larkin.
Untuk parking disini, anda mesti parking di kawasan parking kereta dibelakang stesyen minyak Shell. Ini kerana, maksima caj yang dikenakan adalah RM5 sehari. Jika anda parking di dalam kawasan terminal bas, anda akan dicaj mengikut jam. Jadi, anda dapat jimat banyak juga di sini.

2. Ambil bas terus ke USS
Terdapat beberapa agen bas yang menyediakan tiket terus ke USS. Walaubagaimanapun, masa untuk setiap bas berlepas adalah berbeza mengikut bas tersebut. Ada yang gerak seawal jam 7 pagi. Secara alternatif, anda boleh juga mengambil bas express yang terus ke USS di Merlin Tower, Johor Bahru. Ianya bersebelahan City Square dan berdepan dengan Muzium KTM. Bas yang dimaksudkan adalah 707 Travel. Bas ini berwarna hijau. Tiket untuk pergi  balik adalah RM10 dari Merlin Tower-USS-Merlin Tower. Anda digalakkan untuk beli tiket balik terus kerana jika anda membeli asing-asing, anda kena membayar dalam matawang SGD jika anda beli di USS.

3. Scan passport di CIQ, Bangunan Sultan Iskandar
Sebenarnya ramai juga yang kurang pasti samada passport akan di cop di sini atau tidak. Selama saya masuk Singapore, passport kita tidak di cop di Imigresen Malaysia. Ianya hanya akan dicop oleh Imigresen Singapore sahaja. Di CIQ, passport anda akan di scan oleh pegawai Imigresen. Walaupun proses scan ini sebenarnya sekejap sahaja, namun disebabkan oleh terlalu ramainya orang yang bekerja di sana dan di tambah pula dengan waktu cuti persekolahan, proses ini boleh menjadi lama terutama sekali pada waktu puncak.  

4. Cop passport di CIQ Woodlands, Singapore
Secara kasar, proses imigresen di Singapore adalah lebih lama berbanding di CIQ Johor Bahru. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mempunyai sebarang masalah, proses ini akan menjadi lebih mudah. Pegawai Imigresen sana mungkin akan tanya banyak soalan jika passport anda kelihatan seperti baru atau tidak pernah cop lagi. Namun jika sebelum ini anda pernah masuk ke Singapore, proses akan lebih cepat. Anda harus menjangkakan keseluruhan proses dari CIQ Johor Bahru sehingga selesai proses di CIQ Woodlands, ianya akan mengambil masa lebih kurang 1 - 1.5 jam, bergantung pada waktu puncak atau pun tidak.

5. Naik bas semula dan terus ke USS.
Selepas anda melepasi Imigresen Singapore, anda harus berhati-hati semasa menaiki bas. Kadangkala, terdapat bas yang hampir sama yang sudah menunggu anda, namun berbeza destinasi. Jadi, lebih mudah jika anda dapat menghafal no. plat pendatfaran bas tersebut untuk melancarkan perjalanan anda. Jika anda tersalah bas, bukan sahaja anda akan pergi ke destinasi lain, mungkin anda juga akan dikenakan caj tambahan oleh pemandu bas tersebut. Dari CIQ Woodlands, lebih kurang dalam 30-45 minit perjalanan ke USS. Bergantung pada keadaan trafik dan kecepatan bas yang dinaiki anda. Bas akan berhenti betul-betul dibawah USS (parking bertingkat).

6. Beli tiket awal
Jika boleh, anda digalakkan untuk membeli tiket lebih awal. Ini kerana, saya pasti dan yakin, ketika anda sampai dan baru ingin membeli tiket, que dari pengunjung lain adalah sangat panjang. Ketika saya beratur, selepas hampir 40 minit, baru dapat sampai ke kaunter tiket. Saya dah bazirkan masa begitu sahaja. Mujurlah masa itu bukan cuti sekolah di Singapore. Jika ya, pasti que akan lebih panjang nanti. Anda boleh membeli tiket secara atas talian atau dari wakil-wakil agen pelancongan di Malaysia yang diiktiraf oleh pihak Resort World Sentosa. Jom layan beberapa gambar saya dan keluarga di sana. :)









Sampai sini saja tips dan panduan ke USS. Jika anda ada sebarang masalah, anda boleh menghubungi saya melalui emel atau di Facebook saya. Sampai jumpa lagi di entry seterusnya. :)

Wednesday, January 7, 2015

Kemaskini Buku ASB

1/07/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang anda sedia maklum, pihak PNB telah mengumumkan dividen ASB sebanyak 7.5 sen seunit dan juga bonus sebanyak 1.0 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014. Anda boleh rujuk di sini.

Pada hari semalam iaitu 7 Januari 2015, saya telah berkesempatan untuk mengemaskini buku ASB saya di cawangan Maybank Kuchai Lama. Alhamdulillah, selepas setahun menyimpan di ASB, saya telah memperolehi dividen yang boleh menampung kehidupan saya pada waktu ini. Alhamdulillah.


Bagi anda yang belum kemaskini, silalah berbuat demikian. Pastikan, anda juga tidak terlupa untuk membayar zakat hasil dari simpanan anda ini. Untuk berbuat demikian, anda boleh membuat pembayaran di kaunter zakat yang berhampiran atau boleh juga membuat pembayaran secara atas talian. Untuk proses pembayaran zakat, anda boleh rujuk di laman web ini. Pusat Zakat Wilayah Persekutuan.

Recent

recentposts

Random

randomposts