Wednesday, February 11, 2015

Latihan Penjimatan Wang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terdapat berbagai tips dan juga cara untuk anda menjimatkan wang anda. Ada yang baik dari segi teorinya, namun agak susah untuk membuat atau mengimplimentasikan di dalam dunia nyata. Ianya bukan apa, cuma kadang-kadang ianya terlalu indah apabila kita imbas sekilas pandang sahaja. Hendak membuatnya, memang sesuatu yang agak sukar.

Namun hari ini, saya ingin berkongsikan satu cara atau latihan mudah bagaimana anda boleh menjimatkan wang anda. Ianya hanya perlu dilakukan sekali sahaja di dalam setahun. Ya, sekali sahaja. Jika sekali sahaja pun agak sukar bagi anda, saya percaya banyak lagi perkara mudah yang lain yang tidak pernah anda lakukan. Ataupun, anda memang jenis tak kisah ke mana wang anda dibelanjakan!

Latihan ini adalah sesuatu langkah yang mudah dan sangat praktikal. Jadi, selain sangat mudah, ianya juga dapat membantu anda menjimatkan setiap sen anda. Apakah latihan yang dimaksudkan?




Semak segala perbelanjaan yang telah anda lakukan, yang sedang dilakukan dan sedang dalam perancangan untuk dilakukan. 
Jangan hanya melihat sahaja kenyataan diatas. Anda harus mulakan dari sekarang. Ambil satu masa yang sangat sesuai untuk memikirkan hal ini. Tuliskan semua perbelanjaan yang anda terfikir di dalam minda anda. Kemudian, buat analisis terhada tahap keperluan perbelanjaan anda. Ya, itu sahaja latihannya. 

Jika anda membuat bayaran ansuran kereta atau motorsikal yang anda jarang gunakan atau hanya menggunakan sekali sekala, apa kata anda cuba untuk menjualnya. Jika anda menyediakan bajet untuk minum di kedai eksklusif seperti di Starbucks, apa kata anda tukar gaya hidup dengan minum di tempat yang lebih murah. Jika selama ini ada terbeban dengan membuat ansuran kereta berharga RM120 ribu ke atas, apa kata anda tukarkan kepada kereta bersaiz sederhana dan berharga sekitar RM40-70 ribu.

Ini hanya contoh sahaja. Apa yang penting, setelah anda tulis semua item perbelanjaan anda, anda harus bijak menilai tahap keperluannya dari semasa ke semasa. Kekalkan perbelanjaan untuk tahap yang perlu dan cuba kurangkan perbelanjaan untuk tahap yang berstatus kehendak. Nampak mudah kan? Tapi ianya akan jadi susah jika anda tidak pernah untuk mencuba latihan ini langsung!

OK, saya berhenti di sini lagi. InsyaAllah, saya akan kongsikan beberapa tips lagi cara-cara menjimatkan wang yang terbukti amat berkesan di entry akan datang. (^_^).


No comments:

Post a Comment

Recent

recentposts

Random

randomposts