Saturday, March 28, 2015

GST : Sediakah Anda?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dalam keghairahan kita untuk 'menyambut' pelaksanaan GST pada 1 April 2015 ini, semakin banyak suara-suara rakyat marhaen yang menyatakan akan timbul beberapa kesan yang dikatakan berunsur negatif yang bakal di hadapi. Rata-rata mengatakan bahawa majoriti barangan di pasaran akan naik disebabkan oleh faktor cukai GST.

Namun begitu, para pelaksana cukai ini iaitu pihak Kastam DiRaja Malaysia masih lagi berterusan menyatakan bahawa pelaksanaan GST ini memberikan banyak kelebihan kepada rakyat Malaysia. Adakah ini benar? Anda sendiri boleh tafsirkan pada 1 April nanti.


Namun begitu, apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah, walaupun betapa kita tidak suka kepada GST, kita terpaksa untuk terima hakikat bahawa ianya akan tetap dilaksanakan pada 1 April nanti. Jadi, anda seharusnya telah bersiap-sedia dengan semua info dan juga ilmu untuk menempuhi era percukaian baru di Malaysia.

Jika ditanya pada saya, dengan pendapatan saya ketika ini, saya masih boleh menerima kenaikan barang akibat dari GST. Namun, kita harus melihat kepada individu atau keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita yang lebih rendah terutama yang duduk di kawasan bandar. Sudahlah kos untuk memiliki dan membayar ansuran rumah adalah tinggi, sudah pasti pelaksanaan GST akan memberi kesan yang langsung kepada mereka ini.

Kita berbicara tentang GST ini, adakah anda tahu makna GST itu sendiri? Saya ada lihat video pendek yang membuat liputan terhadap demo membantah GST di ibu kota. Apabila ditanyakan kepada mereka apa itu GST, ada di antara mereka yang masih tidak tahu makna dan cara pelaksanaannya. Pendek kata, mereka kurang jelas dengan apa yang mereka perjuangkan dalam demo tersebut. Salah seorang yang ditanya memberi jawapan GST itu adalah Government Service Tax. :)

Saya henti sampai sini dulu. Saya akan cuba kongsikan beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk sekurang-kiurangnya tidak terasa terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang. InsyaAllah, setiap persoalan dan masalah, pasti ada jawapannya. Dengan segala pengetahuan yang saya ada, InsyaAllah saya akan kongsikan info dan juga maklumat berguna dengan anda semua nanti.

Sampai jumpa lagi. (^_^)

No comments:

Post a Comment

Recent

recentposts

Random

randomposts