Monday, August 10, 2015

PTPTN Ujrah : Kebaikan dari kacamata saya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bagaimana kehidupan anda hari ini? Semoga ceria selalu ye. (^_^).

Masihkah anda ingat lagi tentang usaha saya untuk membuat pertukaran daripada pinjaman Konvensional kepada konsep Ujrah? Sebelum ini saya telah berkongsi dengan anda apakah faktor-faktor yang membuatkan saya berkeputusan untuk menukar kepada Ujrah. Jika anda terlepas artikel sebelum ini, anda boleh klik di sini.


Baiklah, hari ini saya ingin berkongsikan pula penyata baru yang diambil dari laman web PTPTN. Jika sebelum ini, saya membuat pembayaran melalui laman web EFES, sekarang sudah tidak lagi. Ini mungkin kerana di EFES, ianya hanya terpakai jika anda masih lagi menggunakan sistem konvensional dalam pinjaman PTPTN anda. Untuk pinjaman Ujrah, anda boleh membuat pembayaran di laman web berikut:




Setelah diamati betul-betul tentang pengiraan Ujrah ini, saya kini lebih yakin bahawa anda juga perlu mula berfikir untuk menukar kepada konsep ini. Apakah yang menyebabkan saya benar-benar yakin bahawa ianya lebih baik dari konsep konvensional? Sudah pasti saya mempunyai alasan yang tersendiri.

Pembayaran faedah yang lebih rendah.

Didalam konsep Ujrah, faedah ini disebut sebagai Upah. Kadar faedah yang dikenakan kepada saya adalah sangat rendah berbanding dengan konsep konvensional dimana pengurangan sebanyak 2% (pinjaman konvensional adalah 3%).

Dengan penukaran ini, saya boleh menjimatkan purata sebanyak RM30 sebulan hanya dengan penjimatan kadar faedah. Walaupun jika dahulu jumlah faedah adalah berdasarkan kepada baki berkurangan, namun jumlah faedah yang dikenakan adalah agak tinggi. Sebagai contoh, setiap bulan saya membuat pembayaran semula sebanyak RM400. Dari jumlah ini, sebanyak RM52 akan ditolak untuk dibayar kepada faedah dan baki sebanyak RM348 pula akan ditolak kepada prinsipal. Berbanding dengan Ujrah, bayaran faedah sebulan adalah tetap iaitu RM18.13 sahaja. Jika membuat pembayaran lebih iaitu sebanyak RM400 sebulan, ini bermakna sebanyak RM381.87 akan ditolak terus kepada prinsipal. Ini akan membantu anda untuk mempercepatkan proses pembayaran semula.

Jelas tak sekarang ini bagaimana Ujrah mampu menjimatkan wang anda? Jika anda masih lagi tidak memahami konsep ini, saya sarankan agar anda berjumpa dengan pegawai PTPTN untuk mendapatkan pencerahan lebih lanjut. Berjumpalah dengan mereka walaupun hanya 30 minit sahaja kerana ianya mampu mejimatkan wang anda sebanyak ribuan ringgit dikemudian hari. In Shaa Allah. :)





No comments:

Post a Comment

Recent

recentposts

Random

randomposts