Tuesday, May 30, 2017

Trip ke Medan, Indonesia (Part II)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hah, dah lama rasanya saya tidak kemaskini perjalanan kami ke Medan, 2 bulan lalu. Dalam Part I aritu, saya dah kongsi tentang perjalanan kami untuk hari pertama, sekarang ni saya nak kongsi tenang hari ke 2 pula.

Pagi-pagi lagi, kami bangun awal untuk hirup udara segar dan melihat pemandangan Danau Toba dari hotel kediaman. Suasan memang cantik. Hotel yang kami inap masa hari pertama adalah Hotel Patra Jasa Parapat Medan. Hotel dekat sini jauh dari kedudukan bandar Parapat, tapi, pemandangan dari sini sangat cantik sebab ianya berada di atas bukit. Selepas sarapan pagi, kami terus ke Jeti untuk menaiki bot ke Pulau Samosir. Hah, dekat tasik ni, ada pulau plak tuh. Tak banyak aktiviti yang kami buat disini. Hanya pergi ke Makam Raja di sini saja.







Selepas tuh, kami sempat makan tengah hari di Bandar Parapat. Macam biasa, makanan yang disediakan memang banyak berbanding jumlah kami yang hanya bertiga. Dekat sini, sempat juga kami merakamkan gambar kenang kenagan di tempat yang sangat terkenal di Danau Toba, iaitu I Love Danau Toba.







Kami teruskan perjalanan ke Bukit Indah Simarjarunjung. Dekat sini, apa yang paling terkenal adalah teh badrek (teh halia) dan juga pisang goreng. Disebabkan saya tidak berkenan sangat dengan teh halia, then saya pilih minum air kopi je. Pemandangan di sini memang cantik. Berbaloi ke sini, walaupun masa yang diperuntukkan adalah agak terhad.





Seterusnya kami singgah ke Air Terjun Sipisopiso. Difahamkan, ianya berada di paling hujung Danau Toba. Saya juga rasa, air terjun inilah yang telah membekalkan air yang berterusan ke dalam Danau Toba ni. Hah, aktiviti dekat sini memang takde la selain hanya ambil gambar air terjun. Macamlah dekat Malaysia takde kan? Haha. Dah alang alang sampai sini, ambil je la beberapa keping gambar sebagai bukti dah samapi ke Medan. (^_^). Kami juga ambil beberapa keping gambar yang diambil oleh Photographer disana. Pendapat saya, gambar yang mereka ambil adalah agak cantik berbanding kami punya, dan harga untuk sekeping gambar pun tidaklah begitu mahal.






Ok, dah puas bergambar disini, destinasi seterusnya adalah ke Berastagi. Perjalanan yang agak jauh dari satu tempat ke tempat lain, agak meletihan kami. Namun, rasanya berbaloi juga bila dapat tengok negara orang kan. Hah, nak cakap. sepanjang perjalanan kami di Medan, akan perasan beberapa kedai makan yang tulis B1 dan B2. Nak tahu tak apa maksud antara dua ni? nantikan post yang seterusnya ya. Hehe.

Di Berastagi, kami menginap di Hotel Green Garden. Hotel yang agak cantik dan juga bersih. Tapi kami tiba hotel ni dah dekat Maghrib, jadi tiada aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu malam. Sarapan malam kami di kedai Western, tapi makanan takde la western sangat. Haha. Ok lah. Kita sambung ke Part III plak nanti.




Jumpa lagi..

2 comments:

  1. Salam, jom bercuti ke Medan-Berastagi-Lake Toba. Muslim pakej. harga berpatutan dengan servis yang ditawarkan. In shaa Allah. whatsapp: +6012-6047593 Ig: @percutianbajet

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum bapak saya sangat terima kasih sudah promokan saya....
    Saya Herry Cuti Bajet Medan. Kami adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan tour di sekitar Medan, Berastagi dan Danau Toba. Kami adalah organisasi langsung dari Medan, Indonesia. Tiada agen bagi memastikan anda mendapat harga yang terbaik. Pakej kami adalah fleksible bergantung kepada permintaan anda seperti tempoh bercuti dan lokasi yang anda mahu tuju. Pakej kami biasanya merangkumi makanan (makan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam) sepanjang tour, kemudahan pengangkutan, hotel dan pemandu pelancong yang berpengetahuan tentang sejarah di sekitarnya. Fi dan bayaran parking yang dikenakan di kawasan-kawasan tumpuan pelancong juga di bawah tanggungjawab kami. Untuk pengetahuan anda, terdapat sangat banyak sekatan fi oleh penduduk setempat. Jadi anda tidak perlu risau berkenaan dengan kos yang tidak diingini. Kami menyediakan tentatif perjalanan yang khas untuk setiap tetamu kami bagi kepuasan dan kesesuaian masa. Untuk contoh tentatif perjalanan, klik link di bawah:

    Hubungi:
    facebook: https://www.facebook.comHerryCutiBajetMedan1

    Email:
    herrycutibajetmedan@gmail.com

    Call/WhatsApp:
    ( Herry )
    https://api.whatsapp.com/send
    phone=6281397880156

    ( inaa )
    http://wasap.my/0134618637

    ReplyDelete

Recent

recentposts

Random

randomposts