Monday, December 31, 2018

Rendezvous Point Klia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bagi anda yang tidak pernah dengar perkataan diatas, ini adalah satu tempat dimana kita boleh melihat kapal terbang take off dan juga landing di Airport. Dekat sini, kita boleh melihat kapal terbang dengan lebih dekat. Ya, betul. jarak lebih kurang dalam 100 meter sahaja.

Apa yang menariknya disini? Sebenarnya pada pendapat saya, untuk kali pertama datang ke sini, memang agak jakun sikit. Ye la, biasa tengok kapal terbang dekat awan je. Kalau naik kapal terbang plak, tak nampak la kelajuan kapal terbang ketika nak naik ke udara kan.

Ketika saya datang, ramai juga orang lain yang meluangkan masa membawa family masing-masing kesini. Difahamkan, ada juga pengantin baru yang datang ke sini semata mata untuk mengambil gambar kenangan mereka. Jom lihat beberapa keping gambar yang sempat saya dan wife snap semalam.









Kebetulan, semasa saya sedang asyik melihat kapal terbang nak take off, terjadi di depan mata dimana enjin salah satu kapal terbang meletup sebelum sempat naik ke udara. Jadi, serta merta Pilot memberhentikan kapal terbang. Unit Bomba juga kelihatan dan standby berdekatan dengan kapal. Tapi Alhamdulillah, tiada apa-apa yang merbahaya. Semua selamat.

Overall, memang digalakkan untuk anda datang ke sini. Ianya adalah sesuatu pengalaman yang berharga dalam hidup. Oh ya, jika anda ingin ke sini, sebenarnya senang je. Dari Plaza tol KLIA, terus je sehingga jumpa Mitsui Outlet Park dan naik flight over ke KLIA2. Ikut laluan ke Balai Ketibaan. Selepas itu, anda akan jumpa signboard Hotel. Follow signboard itu sebab anda akan melalui Hotel Tune. Dekat simpang tiga di hujung jalan, belok ke kiri dan terus saja.

Kalau dah ke sana, jangan lupa untuk share picture korang ye. Hehe. Adious..

No comments:

Post a Comment

Recent

recentposts

Random

randomposts