Sunday, December 30, 2018

Trip ke Port Dickson, 30 - 31 Dec 2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Harini 30.12.2018, saya bawak satu family ke Port Dickson. Actually, tak rancang secara details pun nak ke sini. Namun, saya pun tak tahu nak bawak family ke mana sebab cuti saya dah apply and approved by Manager.  A

So, semalam baru decided nak pergi ke PD. Jadi, saya pun dengan segera membuat booking bilik hotel di Agoda. Alhamdulillah, masih ada lagi bilik kosong di Hotel Langit Langi. Esok esok saya review hotel ni.

Today, first location i brought my family was to Windmill PD. Ticket masuk adalah dalam RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Kalau bawah 90cm, masuk free je. Dekat farm ni, overall spent dalam 2 jam. Banyak juga kawasan yang boleh pergi. Wajib pergi adalah di kawasan farm sendiri. Ada pelbagai jenis binatang jinak dipelihara disini antaranya kuda, arnab, pelbagai jenis burung, kambing, burung unta dan juga tikus belanda.

Then, we went to PD Dreamwold Upside Down & 3D Art. Kalau dah nama Upside Down ni, maksudnya rumah terbalik lah. Haha. Tapi berbaloi juga datang sini, sebabnya ketika kami datang, harga promo tiket adalah RM15 untuk dewasa, dan kanak-kanak percuma. Dan yang terbaiknya, kita boleh enjoy dekat 2 area, Rumah Terbalik dan juga 3D Art. Ada juga rumah terbalik dan 3D art dekat kawasan lain, tapi harga setiap satu entrance adalah RM20-25 untuk dewasa. Huhu.

Aktiviti petang, pergi berkelah di pantai Port Dickson. Plan asal, nak tengok sunset. Alhamdulillah, tercapai juga. Cuaca sangat mengizinkan.





 


Overall, pelan arini semuanya berjalan lancar. Esok, dah nak check out and balik KL. Tapi, InshaAllah, ada nak pergi tempat lain pula. Hehe.

Ok.

No comments:

Post a Comment

Recent

recentposts

Random

randomposts