Tuesday, January 1, 2019

Azam Tahun Baru 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Wah.. cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun 2019 hari ni. 

Rasa macam poyo, tapi nak juga la tulis apa azam untuk tahun 2019 ni. Antara yang ingin saya buat pada tahun ni adalah:


  • Mendalami ilmu Analisis Teknikal melalui Jaguh Academy, Unit SFX and IMU di dalam Treasury Petronas.
  • Menambah pengetahuan didalam bidang Perakaunan samada melalui training di dalam dan luar Petronas
  • Membawa family bersiar siar di dalam dan luar negara. Kalau dalam negara, target adalah Langkawi atau Cameron Highlands atau Kota Kinabalu. Kalau di luar negara, mungkin pergi ke Phuket atau Krabi atau Bandung.
  • Menurunkan berat badan kepada 95kg by 30 April 2019.
  • Meningkatkan jumlah simpanan bulanan mencecah RMX00 sebulan. Hehe
  • Menghantar Alisya ke kelas muzik (piano) atau kelas renang.
  • Membuat penyelesaian penuh untuk baki PTPTN Asilah. Itu pun kalau ada lagi bajet diskaun dari kerajaan. Haha.

Ok, rasa cukup kot 7 azam baru. Nanti boleh tambah dari semasa ke semasa. Adious.. :) 

No comments:

Post a Comment

Recent

recentposts

Random

randomposts