Sunday, January 6, 2019

Muzium & Galeri Seni, Bank Negara Malaysia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Minggu ini tidak ada plan nak ke mana-mana. Jadi saya berbincang bersama wife untuk pergi ke satu tempat yang saya dah lama nak pergi. Jeng jeng jeng.. Kat mana ya saya nak pergi tu? (^_^).

Ok, sebenarnya, saya hendak sangat pergi ke Muzium Bank Negara Malaysia. Ya betul tuh, Bank Negara pun ada muzium ke? tulah soalan yang mula-mula keluar dari minda saya. Jadi, selepas saya tahu kewujudan muzium ini, saya membuat sedikit research dan finally banyak juga info yang dapat melalui internet. Rata-rata, mereka memberikan maklumbalas yang baik.



Ok, kami satu family datang muzium ni pada 6 Jan 2019. Apa yang ada di muzium ni? dah nama pun Bank Negara, tentulah banyak benda yang berkaitan wang ada disini. Terdapat 4 tingkat yang dibuka kepada orang awam. Tingkat bawah sekali terdapat Cafe, kedai cenderamata dan juga bahagian untuk Kanak-kanak.

Di tingkat ke 2, terdapat info berkaitan dengan penubuhan BNM dan juga bank-bank lain seperti bank komersil dan juga perbankan islam. Di tingkat 3, terdapat kawasan berkaitan dengan wang-wang yang digunakan pada zaman dahulu kala sehinggalah ke zaman ini.Terdapat juga area dimana Gabenar ke 2 iaitu Tun Ismail Mohamed Ali didedikasikan.

Di tingkat 4, ada galeri lukisan. Saya pun tak pasti apa kaitan dengan bank negara, tapi sebab dah ada dekat saya, saya pergi je tengok untuk melengkapkan trip ringkas hari ni. Mungkin sebab nama muzium ni Art Gallery, so dia tambahlah kawasan galeri lukisan ni kot. haha. Meh saya belanja sikit gambar untuk trip ni.
















Secara keseluruhan, memang best juga pergi muzium ni. Dah la ada aircond, free plak tuh. Jadi memang sesuai untuk membawa seisi keluarga datang sini. Oh ya, untuk parking, memang disediakan. Cumanya, kena bayar RM5 untuk sekali masuk. Namun disebabkan saya pergi pada hari Ahad, jadi tiada caj yang dikenakan. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Recent

recentposts

Random

randomposts