Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, January 13, 2019

Trip ke PETROSAINS, KLCC

1/13/2019
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak duduk KL ni, hampir setiap hari pergi ke KLCC sebab memang bertugas disini. Cakap la, area mana KLCC Suria ni yang tak pernah pergi lagi, rasanya semua tempat dah cover. Haha. Ok, tapi arini saja nak share tentang trip ringkas diberi nama Rombongan Abam Fauzie ke Petrosains. Today is 13 Jan 2019. Bunyi macam banyak je kan orang, tapi sebenarnya cuma bawa 2 orang je iaitu wife dan juga Alisyah.



Untuk pengetahuan, Petrosains ni berada di tingkat 4, dalam Suria KLCC Mall.Lokasi dia betul-betul di kawasan tengah, Waktu operasi setiap hari, kecuali hari Isnin. Bab tiket masuk ni, agak mahal sikit la.. Tapi insyaAllah berbaloi jika anda pergi meluangkan masa bersama keluarga pada hari BUKAN waktu cuti persekolahan. Haha. Ini kena mention sebab kami pernah pergi masa cuti sekolah, dan punya la ramai budak dekat sana. Kita nak ajak anak main sesuatu permainan pun terbatas sebab ramai budak dah menunggu dan berbaris panjang untuk main sesuatu game.

Meh, saya belanja sikit gambar yang diambil semasa didalam Petrosains. Just sebagai kenang kenangan untuk masa depan..














Thursday, January 3, 2019

Pre-School Anak-Anak OfficeMates

1/03/2019
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Harini di ofis, ada team member berbicara perihal anak mereka masuk ke sekolah. Ya la, rakan ofis sebaya, of course la anak-anak kami pun sebaya. Tapi, mujur anak mereka lebih tua beberapa tahun dari anak saya. Hehe.

Di pendekkan cerita, ada antara mereka yang mendaftarkan anak mereka di International School, di private kindergarten, dan ada juga yang memasuki sekolah kebangsaan. Kalau yang masuk private school tu, yuran dia memang jangan ditanya la kan.. memang mencecah ribuan ringgit.

Tadi, sempat meluangkan masa untuk tanya ofismate, Dzul, tentang persekolahan anak dia. Dalam banyak-banyak orang yg saya tanya, rasanya dia sahaja yang hantar ke pre-school yang boleh dikategorikan mampu untuk saya. Haha. Ok, straight to the point, pre-school yang Dzul hantar adalah di Smart Readers. Katanya, yuran bulanan sangat berbaloi iaitu sekitar RM300 sebulan. Sy belum lagi mencari maklumat secara lanjut, tapi rasanya apa yang Dzul cakap memang betul la kan.


Semasa saya membesar, memang saya tidak pernah merasa pergi Tadika/Tabika/Kindergarten. Saya pun tidak berapa pasti kenapa, sebab rasa malu pula nak tanya mak ayah. Haha.. Tapi Alhamdulillah, saya diberikan peluang untuk belajar sehingga ke peringkat Ijazah.

Ok, tadi bila berborak dengan Dzul, dia ada inform, tujuan dia hantar anak ke pre-school ini bukanlah nak mengharapkan anak pandai baca ABC atau kira 1,2,3 tapi ianya lebih kepada keperluan anak-anak untuk belajar bersosial dengan orang lain disamping membantu mengembangkan bakat yang ada pada diri anak-anak. Kita sebagai penjaga, mungkin mempunyai pengetahuan yang terhad tentang perkembangan anak-anak, lagi-lagi kalau itu adalah anak yang pertama. Ya, dan lagi-lagi kalau anak tunggal dan tidak mempunyai jumlah adik beradik yang ramai, mungkin anak tersebut mempunyai sifat inferior yang agak tinggi berbanding anak orang lain.

Dan, ianya juga membuka minda saya selama ini yang menyatakan menghantar anak ke pre-school adalah untuk ibu bapa yang tiada masa untuk mendidik first hand kepada anak mereka. Mungkin lepas ni, saya kena investigate further dengan ofismate yang dah hantar anak mereka ke tempat-tempat begini dan dapatkan maklumbalas mereka. 

Apapun, rasanya dah kena start dari sekarang untuk mencari info berkaitan dengan pusat jagaan dan didikan ini. Harap ianya akan memberikan manfaat untuk anak-anak kita semua. InshaAllah.

Recent

recentposts

Random

randomposts