Showing posts with label Forex. Show all posts
Showing posts with label Forex. Show all posts

Sunday, March 15, 2015

Pendapatan dari Etoro (9 - 13 March 2015)

3/15/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga anda semua di rahmati oleh Allah s.w.t. InsyaAllah. 

Alhamdulillah, pada minggu lepas, saya telah berjaya memujuk seseorang untuk melabur di platform eToro - Your Social Trading Partner. Disebabkan oleh itu, pihak eToro telah memberikan saya wang saguhati sebanyak $100 kerana telah memperkenalkan platform ini kepada rakyat Malaysia yang lain. 


Jadi, apa yang saya lakukan dengan $100 ni? Adakah saya perlu keluarkan dan berjoli sakan? Hehe. Jawapannya adalah TIDAK. Malah, saya menggunakan wang yang diberi ini untuk tambahan modal melabur kepada Pro Trader yang lain. Ini dinamakan, Dont put your all eggs in One basket!

Untuk kali ini, jumlah modal terkumpul adalah sebanyak $480.55, naik sebanyak 0.9%. Ini dengan andaian yang duit bonus $100 tidak dimasukkan lagi. Mulai minggu depan, semua calculation adalah bergantung kepada ekuiti semasa. Mari lihat beberapa keping gambar untuk meyakinkan anda bahawa perniagaan berkonsep Auto Copy ini memberikan peluang kepada anda menjana pendapatan sampingan disamping pendapatan utama sedia ada.




Baiklah, sampai jumpa lagi di post yang akan datang. (*_*)v

Sunday, March 8, 2015

Kemaskini EA (2 - 6 March 2015)

3/08/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga anda terus kaya dan berjaya! Amin. (^_^)

Prestasi EA untuk minggu adalah kurang memberansangkan. Terdapat sekali Stop Out ketika pasangan EUR/USD terus jatuh merudum pada minggu ini. Mari kita tengok beberapa keping SS untuk menunjukkan prestasi terkini EA ini.



Ya, minggu ini saya mengalami loss disebabkan oleh berita NFP. Saya juga tengah mengalami floating yang agak banyak. Saya telah mengambil pengajaran dari peristiwa ini. Saya juga yakin dan pasti, EA ini tidak dapat bertahan semasa berita NFP keluar. Jadi, bermula pada minggu hadapan, saya akan menghentikan EA ini ketika ianya hampir dengan berita NFP yang dijadualkan akan dikeluarkan pada 3 atau 10 April 2015.

Apapun, jangan kita berputus asa. EA ini telah memberikan saya 100% keuntungan. Modal yang digunakan sekarang pun adalah hasil keuntungan. Jadi, tiada tekanan untuk meraih banyak keuntungan. Alhamdulillah dengan apa yang ada.

Kita jumpa lagi pada minggu hadapan ya. :)

Saturday, March 7, 2015

Pendapatan dari Etoro (2 - 8 March 2015)

3/07/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga anda semua di rahmati oleh Allah s.w.t.

Baiklah, hari ini ringkas sahaja. Saya cuma ingin update tentang pelaburan di medium eToro - Your Social Trading Network. Kenapa ringkas? Sebab saya ada sedikit loss pada minggu ini disebabkan oleh NFP. Huhu. Untuk pengetahuan, ini adalah berita yang mempunyai impak yang sangat besar di dalam dunia forex. 




Untuk minggu ini, terdapat sedikit penurunan untuk ekuiti semasa iaitu sebanyak 0.87%. Walaubagaimanapun, ianya tidak menjejaskan sangat ekuiti secara keseluruhan di mana, ianya masih lagi berada di dalam zon yang selamat. 

InsyaAllah, para Pro Trader akan mula aktif trading bermula pada minggu hadapan. Sama-sama kita melihat keputusannya nanti. Diharapkan, lebih banyak keuntungan yang akan dijana oleh mereka. InsyaAllah. :)

Saturday, February 28, 2015

Kemaskini EA (23 - 27 Feb 2015)

2/28/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ketika saya bertekad untuk membuat pendapatan sampingan semasa saya masih lagi di alam pelajar, saya berusaha mencari pelbagai EA yang boleh digunakan dan terbukti berkesan terhadapa trader yang telah menggunakannya. Banyak juga la yang dicari di merata forum, facebook, laman web dan macam-macam tempat lain lagi.

Alhamdulillah, satu hari tu, saya diberi ilham untuk melihat satu laman web kepunyaan orang Rusia (jika saya tidak silap). Di laman web tersebut, pemiliknya memberikan beberapa jenis EA yang dikatakan mempunyai potensi untuk menjana pendapatan. 

Hari ini, saya boleh katakan, bahawa apa yang beliau maksudkan adalah benar. EA yang saya gunapakai sejak dari 19 Jan 2015 telah terbukti menghasilkan pulangan sebanyak 100%. Withdrawal yang saya lakukan pada 23 Feb telah berjaya dengan kemasukkan wang ke dalam akaun Neteller saya. Jom kita tengok beberapa Screenshot untuk membuktikan bahawa EA ini adalah berjaya ketika saya menggunakannya.



Ya, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Namun harus diingatkan, bukan semua EA boleh menjana pendapatan. Oleh itu, saya nasihatkan agar anda mencari dan mencuba EA yang benar-benar berkesan mengikut situasi anda. InsyaAllah, saya akan terus menggunakan EA ini sebagai salah satu alat menjana pendapatan keluarga. InsyaAllah. 

Sampai jumpa lagi di entry seterusnya. :)

Pendapatan dari Etoro (23 - 27 Feb 2015)

2/28/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga anda yang membaca entry kali ini berada di dalam keadaan yang sihat walafiat.

Alhamdulillah. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pelaburan semasa saya di eToro - your social trading medium

Hari semalam iaitu 27 Februari adalah hari terakhir untuk trading dalam bulan bulan Februari. Semenjak saya melaburkan duit di dalam platform ini, saya semakin nampak cara keuntungan yang dijana oleh para Expert Trader di sini. Walaupun pada satu masa, saya agak down kerana nilai pelaburan saya berada di bawah  paras dari minggu lepas, namun pada hari Khamis lalu, semuanya telah kembali normal. Alhamdulillah.


Pada minggu ini, keuntungan yang dijana oleh para Expert Trader adalah sebanyak $41.53. Ianya peningkatan sebanyak hampir 12.26%. Ya, Alhamdulilah, boleh dikira banyak juga dengan pelaburan sebanyak $300 terhadap mereka semua. Ianya dah melebihi dari 10% keuntungan. Jom kita lihat beberapa screenshot dibawah ini:



Jika anda ingin menjana pendapatan sampingan seperti ini, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan informasi dan juga cara-cara untuk melabur di platfform ini. Berilah peluang kepada diri anda sendiri untuk sama-sama menjana pendapatan di  eToro - your social trading medium.

Sehingga jumpa di entry akan datang. (^_^)


Sunday, February 22, 2015

Kemaskini EA (16 - 20 Feb 2015)

2/22/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang anda sedia maklum, saya telah menggunakan satu EA untuk menjana pendapatan sampingan melalui medium forex. Untuk pengetahuan, EA ini masih lagi didalam proses suai kenal sebelum saya berani melaburkan sejumlah wang ke dalam akaun real.

Alhamdulillah, keuntungan yang diperoleh untuk minggu ini adalah sangat lumayan. Pada hari ini, saya boleh katakan bahawa modal yang saya laburkan pada 19 Jan 2015 lalu telah 100% pulang modal. Ini bermakna, proses trading yang akan berlaku seterusnya adalah menggunakan modal hasil dari keuntungan yang diperoleh sejak dari sebulan lepas.

Baiklah, SS untuk minggu ini adalah seperti berikut:



Boleh dikatakan performance EA ini adalah tidak mengecewakan. Saya perlukan lebih banyak masa untuk mengkaji dimana kelebihan dan kelemahan EA ini. Semoga kajian saya ini akan membantu menjana pendapatan yang setimpal dengan usaha dan risiko yang saya ambil. InsyaAllah..

OK, setakat sini dulu kemaskini untuk EA ini. Kita jumpa lagi di entry akan datang. (^_^)v

Saturday, February 21, 2015

Pendapatan dari Etoro (16 - 20 Feb 2015)

2/21/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Semoga anda terus dikurniakan kesihatan yang terbaik. InsyaAllah. :)

Jika anda follow perkembangan entry saya sebelum ini, saya boleh katakan, setakat hari ini, saya sangat berpuas hati dengan pencapaian oleh para trader di platform Etoro

Alhamdulillah, jika pada minggu lepas, saya telah menggunakan strategi baru di dalam Etoro ini di mana saya menambah seorang lagi trader profesional di dalam portfolio saya, hari ini ianya sudah menampakkan hasilnya. Pada minggu lalu, ekuiti didalam akaun saya hanyalah $304.82. Namun pada hari ini, ianya telah bertambah menjadi $338.87. Cuba lihat hasil trading mereka di bawah ini.



Peningkatan sebanyak 11.2% direkodkan oleh kesemua trader yang saya autocopy untuk minggu ini. Ya, tanpa melakukan apa-apa, saya hanya membiarkan trader profesional melakukan trade sendirian. Saya hanya menyediakan modal melalui platform Etoro.

Jika anda berminat untuk turut serta, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut lagi berkaitan dengan platform Etoro ini. InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kefahaman kepada anda. Semoga kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. (^_^)

Sampai jumpa lagi di entry seterusnya. 

Sunday, February 15, 2015

Pendapatan dari Etoro (9 - 13 Feb 2015)

2/15/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, saya sihat sejahtera. Diharapkan anda juga turut sihat ya. :)


Minggu ini saya ada membuat beberapa percubaan baru di dalam platform Etoro. Percubaan yang saya maksudkan adalah dengan mengeluarkan keuntungan yang diperoleh sejak dari bulan lepas, dan kumpulkan sebagai satu  dana yang baru. Disamping itu juga, saya menambah lagi sedikit dana dari akaun Neteller saya untuk menjayakan projek ini. Dana yang dimasukkan adalah sebanyak $57. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan saya di dalam Etoro adalah sebanyak $277. Dana yang saya keluarkan dari keuntungan tersebut, saya gunakan sebagai modal untuk membuat copytrade pedagang jlga2006

Walaubagaimanapun, pada minggu ini, terdapat beberapa floating yang agak banyak disebabkan oleh masalah pair Eur/Usd dengan pergerakan dia agak tidak menentu. Jika dilihat dari analisis, kebanyakan pedagang mempunyai floating negatif untuk pair ini. Pengiraan keuntungan pula agak sukar dilakukan kerana penambahan ekuti baru menyebabkan tidak ada perbandingan yang sesuai untuk dibandingkan. Jadi pada minggu ini, saya hanya menunjukkan status posisi untuk ke semua dagangan yang dibuat sahaja.

Setakat hari ini, ekuti saya masih lagi berada dalam posisi keuntungan. Ini mungkin disebabkan oleh keseimbangan yang diperolehi hasil keuntungan dari pedagang sedia ada. Untuk perbandingan peratusan kemenangan (win ratio), pedagang ini masih mengekalkan 100% menang tanpa sebarang kerugian. Baiklah, dibawah ini adalah beberapa SS untuk posisi minggu ini. 


Diharapkan agar pada minggu akan datang ini, lebih banyak keuntungan yang boleh dijana oleh mereka. InsyaAllah. (^_^)v

Saturday, February 14, 2015

Kemaskini EA (9 - 13 Feb 2015)

2/14/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga anda dirahmati oleh Allah s.w.t. InsyaAllah. :)

Perkembangan EA yang saya gunakan di broker FBS adalah sangat membanggakan. Dengan pengetahuan yang sedikit, saya boleh menjana pendapatan sampingan melalui perdagangan forex. Ia semua hanya dilakukan secara automatik tanpa perlu melihat carta. 

Untuk minggu ini, terdapat peningkatan dari segi keuntungan. Jika perbandinga dibuat dengan dengan minggu lepas, peningkatan sebanyak 6.8%. Keuntungan secara keseluruhan pula adalah sebanyak 70% sejak dari 19 Januari 2015. Alhamdulillah. 

Di bawah ini adalah SS untuk keuntungan minggu ini.  


Saya berdoa agar EA ini akan terus berjaya menempuhi perdagangan pada minggu hadapan. InsyaAllah. Sampai jumpa lagi ya di entry akan datang. (^_^)

Sunday, February 8, 2015

Kemaskini EA (2 - 6 Feb 2015)

2/08/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda status terkini semua posisi dagangan yang telah dilakukan oleh EA ini. Alhamdulillah, setelah 3 minggu menggunakannya, saya rasa sangat berpuas hati dengan pencapaian EA ini. 

Ya, dengan berbekalkan $10 pada 19 Januari 2015, EA ini telah menghasilkan sebanyak $6.55 dalam tempoh penggunaannya. Ini bermakna, EA ini telah menjana pendapatan sekurang-kurangnya 65.5% untuk tempoh 3 minggu. Ianya adalah lebih baik dari terus menyimpan di ASB bukan?

Berikut adalah beberapa keping gambar SS untuk menunjukkan yang EA ini sememangnya sangat berkesan dan boleh digunakan. EA ini telah melalui tempoh yang agak sukar ketika NFP tempoh hari, namun masih lagi kuat untuk meneruskan perjalanan kehidupan sebagai sebuah EA. Cewah. :)


Tengah floating negatif. :(


Seperti yang anda sedia maklum, saya telah meningkatkan risiko penggunaan EA dengan menggunakan dua pair yang berbeza iaitu USD/JPY dan juga EUR/USD. Namun, keputusan masih lagi memihak kepada kita dengan memberikan keuntungan yang konsisten.

Harus di ingat, FOREX merupakan satu perniagaan yang mempunyai risiko kerugian yang tidak terduga. Jadi, berniagalah dengan modal setakat yang anda sanggup untuk menanggung kerugian sahaja. Trade At Your Own Risk (TAYOR). :)

Saturday, February 7, 2015

Pendapatan dari Etoro (2 - 6 Feb 2015)

2/07/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Diharapkan anda semua masih lagi sihat walafiat. Sesungguhnya, kesihatan yang baik adalah antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Alhamdulillah. :)

Untuk minggu ini, pendapatan dari projek Etoro ada sedikit menaik dan menurun. Kalau dilihat pada chart di MT4, pergerakan naik dan turun matawang pair Eur/Usd adalah agak menakutkan. Dalam sekelip mata, ianya boleh naik ke satu paras keuntungan yang sedap mata memandang, dan dalam sekelip mata ianya boleh menjadi negatif yang agak banyak juga.

Namun, syukur Alhamdulillah, ketika pasaran melabuhkan jendela pada hari Jumaat, pasaran bergerak seperti apa yang dirancangkan. Para pedagang profesional di Etoro telah bersiap sedia untuk menghadapi suasana Non Farm Payroll (NFP) di mana ianya akan berlaku pada setiap Jumaat awal bulan pada jam 9.30pm waktu Malaysia.

Baiklah, untuk minggu ini, peningkatan keuntungan adalah sebanyak 1.1% berbanding pada minggu lepas. Untuk keseluruhan pula sejak dari mula menggunakan platform Etoro adalah sebanyak 16.2% untuk tempoh 3 minggu. Bolehlah. Sekurang-kurangnya, ianya dah melebihi dari dari pulangan dividen ASB. :)



Jika dapat dilihat, setakat saya memasuki platform ini, sebanyak 262 posisi telah dibuka dan semuanya adalah 100% menang/ untung. Walaubagaimanapun, floating untuk pair Eur/Usd dan juga Usd/Jpy juga tengah tinggi. Saje tidak mahu kongsi dengan anda. Hehe.

Ok, sampai sini dulu. Jumpa lagi di entry akan datang. :)

Tuesday, February 3, 2015

3 Kesilapan Biasa Ketika Menggunakan Expert Advisor (EA)

2/03/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Semoga anda sihat sejahtera! Saya juga Alhamdulillah sihat. 

Hari ini, saya ingin berkongsi 3 kesilapan yang biasa kita lakukan apabila cuba untuk menggunakan EA sebagai alat bantuan trading anda. Ini adalah kesilapan yang biasa. Namun, ianya boleh menjadi panduan yang berguna kepada anda dan juga saya didalam penggunaan EA ini.

1. Tidak membuat cubaan untuk tempoh yang panjang
Kebanyakkan dari kita suka mencuba untuk menggunakan EA berdasarkan kepada Screenshot yang dipaparkan oleh penjual EA tersebut. Kita gopoh ketika hendak menggunakannya. Kebanyakkan terus membuat percubaan EA di akaun sebenar dan bukan akaun demo. Sepatutnya, percubaan harus dilakukan di akaun demo untuk tempoh yang agak panjang untuk melihat kemampuan EA ini mengharungi semua liku-liku didalam pasaran. Saya cuba menggunakan EA selama 1 bulan di akaun demo sebelum menggunakan di akaun sebenar. Ianya dapat mengurangkan risiko jika berlaku perkara yang tidak diingini dalam tempoh percubaan.


2. Tidak menggunakan VPS
Ramai dari kita yang ingin menggunakan EA namun tidak sanggup untuk berbelanja melanggan VPS. Sebenarnya, VPS ini adalah tool yang terpenting untuk melihat kejayaan EA tersebut. Dengan VPS, EA boleh dijalankan selama 24 jam tanpa henti. Ini membolehkan kita melihat keupayaan EA ini walaupun kita sudah menutup komputer kita. Jika anda tidak sanggup melabur untuk melanggan VPS, anda seharusnya tidak membeli sebarang EA untuk bantuan trading anda!

3. Tidak tahu menggunakan setting yang sebenar
EA ini sebenarnya agak susah juga jika tidak dapat menggunakan setting yang betul pada masa yang tepat. Ini kerana jika anda sudah salah setting sahaja, kemungkinan untuk akaun tersebut hangus adalah agak tinggi. Jadi,jika anda sudah membeli EA dari sesiapa sahaja, pastikan anda menggunakan setting yang betul yang diberikan oleh pemilik tersebut. Kadang-kala, setting adalah perkara yang unik untuk sesuatu EA yang harus anda gunakan untuk memaksimakan keuntungan.

Walauapapun cara anda trading, pastikan anda tahu apa yang anda sedang lakukan. Ini secara teorinya dapat membantu menambah keyakinan anda semada anda sedang atau akan lakukan trading nanti.

Sampai sini dulu sahaja tips ini ya. Jumpa lagi di entry seterusnya. (^_^)v

Sunday, February 1, 2015

Kemaskini EA (26 - 30 Jan 2015)

2/01/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Semoga anda terus sihat walafiat hendak-Nya. Amin.

Seperti yang anda semua tahu, saya telah memulakan satu projek penggunaan EA untuk menguji kekuatan EA ini di dalam akaun sebenar di dalam sebuah broker yang terkenal di Malaysia. Jika anda terlepas berkenaan artikel sebelum ini, anda boleh klik di sini. 

Untuk minggu ini, EA ini telah menunjukkan prestasi yang sangat baik. Peningkatan demi peningkatan keuntungan yang telah dijana oleh EA ini. Pada minggu ini, peningkatan keuntungan adalah sebanyak 137% dari minggu lepas. Secara keseluruhan, ianya telah menjana hampir 32.5% dari jumlah modal yang dilaburkan. 



Alhamdulillah. Untuk minggu ini pula, saya telah meningkatkan risiko yang digunakan di dalam EA ini. Mungkin berjaya, dan juga mungkin tidak. Walauapapun, kita tidak akan tahu kekuatan EA ini jika tidak membuat pelbagai ujikaji. Untuk minggu ini, saya telah menambah penggunaan pair EUR/USD selain dari pair utama iaitu USD/JPY.

InsyaAllah, saya akan kemas kini posisi EA ini pada entry akan datang. Jika anda masih lagi belum melanggan email melalui RSS, anda boleh berbuat demikian melalui ruang di sebelah kanan entry ini. Anda boleh masukkan email aktif anda di situ dan seterusnya mengurangkan potensi untuk terlepas sebarang entry yang berguna dari saya.

Baiklah, sampai disini dulu. Kita jumpa lagi pada entry yang akan datang. 

Saturday, January 31, 2015

Pendapatan dari Etoro (26 - 30 Jan 2015)

1/31/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, saya masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik. :)

Hari ini saya ingin berkongsi tentang posisi semasa copy trade yang saya sertai sejak 2 minggu lalu. Jika anda terlepas entry sebelum ini, anda boleh klik di sini. Dan jika anda berminat untuk membuka akaun, anda boleh klik di sini juga. :)


Untuk minggu ini, berlaku sedikit peningkatan dari segi keuntungan. Namun, peningkatan ini tidak sebanyak pada minggu lalu. Alhamdulillah, minggu ini telah naik sebanyak 3.14% sahaja. Namun begitu, untuk keseluruhan projek, pendapatan telah meningkat sebanyak 14.5%. Ini adalah pendapatan untuk tempoh 2 minggu.

Diharapkan agar pasaran matawang akan lebih stabil dan seterusnya pedagang profesional ini akan lebih banyak membuat keuntungan untuk kita semua. Saya akan kembali kemas kini posisi saya pada minggu hadapan ya. InsyaAllah.

Jumpa lagi. :(^_^)

Sunday, January 25, 2015

Pendapatan dari Etoro (19 - 23 Jan 2015)

1/25/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya berdoa agar anda semua dipermudahkan urusan untuk semua program atau projek yang anda sudah, sedang atau akan jalankan. Amin. :)

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit pendapatan yang dijana dari satu program Copy Trade di dalam aplikasi platform Etoro. Untuk pengetahuan anda, ini adalah salah satu platform dimana kita boleh meraih pendapatan sampingan (ya, hanya sampingan sahaja) tanpa perlu melihat kepada MT4.

Aplikasi ini bukanlah baru di Malaysia. Seingat saya, saya pernah menggunakan secara virtual pada awal tahun 2011 dahulu. Namun, disebabkan tidak melihat seorang pun trader yang baik untuk di copy, jadi saya berhenti sekejap.


Walaubagaimanapun, baru-baru ini saya telah memohon untuk menjadi seorang ahli di dalam group Facebook dimana disitu dibincangkan hal-hal berkaitan dengan platform ini dan juga trader-trader yang boleh kita copy untuk meraih pendapatan sampingan. Ya, untuk mendapat keuntungan yang konsisten, anda harus copy trader yang mempunyai reputasi yang baik dan juga mempunyai kawalan MM yang bagus untuk mengelakkan dari kerugian yang banyak jika berlaku apa-apa di market.

Selepas beberapa ketika, saya bersetuju untuk melaburkan duit saya sebanyak $220 (RM792) pada 12 Jan 2015 untuk menyertai pelaburan ini. Harus di ingat, ini bukan skim cepat kaya. Ini adalah pelaburan yang berasaskan kepada urusniaga matawang. Berikut adalah keuntungan yang diperoleh untuk tempoh 2 minggu ini.


Jika diperhati, keuntungan yang dijana sehingga hari ini adalah lebih kurang 8.30%. Pada pendapat saya, ini adalah satu keuntungan yang munasabah. Kita boleh jadikan ini sebagai satu platform untuk mendapatkan pendapatan pasif sama seperti dividen-dividen yang diterima dari Lembaga Tabung Haji dan juga ASB.

InsyaAllah, saya akan cuba untuk mengemaskini segala keuntungan dan kerugian di dalam urusniaga ini bersama anda. Jika anda inginkan info lebih lanjut, anda boleh menghubungi saya di emel seperti di dalam page ini

Sampai sini dulu entry saya. Saya akan cuba untuk berkongsi beberapa tips lagi berkaitan dengan pengurusan kewangan bersama anda di entry seterusnya. InsyaAllah. :)





Saturday, January 24, 2015

Kemaskini EA (19 - 23 Jan 2015)

1/24/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Diharapkan agar anda semua sihat sejahtera hendak-Nya. Amin.

Hari ini, saya ingin berkongsikan satu lagi cara meraih pendapatan pasif untuk menampung perbelanjaan sampingan kita. Mungkin juga, ianya boleh dijadikan sebagai pendapatan untuk hari tua nanti. :)

Kali ini, pendapatan pasif yang saya cuba maksudkan adalah pendapatan yang dihasilkan melalui penggunaan Expert Advisor (EA). Ianya hanya boleh dilakukan di dalam platform MT4 sahaja. Untuk pengetahuan, EA ni menggunakan elemen teknik scalping dan juga martingale. Walaupun ianya masih didalam tempoh percubaan, namun ianya mempunyai potensi yang boleh dikatakan baik. 

Untuk menguji kekuatan EA ni, saya telah melakukan ujikaji di dalam satu broker yang agak terkenal juga di Malaysia. Saya telah melaburkan sejumlah $10 hanya untuk menguji sahaja. Jika ianya tidak baik, sekurang kurangnya, saya cuma kerugian jumlah itu sahaja berbanding jika melabur dengan jumlah yang lebih besar. 

Setakat hari Jumaat, 23 Jan 2015, EA ini telah meraih pendapatan sebanyak 13.7% untuk tempoh seminggu. Ya, ini boleh dikatakan munasabah jugak di dalam industri ini. Berikut adalah screenshot untuk projek ini. 


Harus di ingat, ini adalah urusniaga yang mempunyai risiko yang paling tinggi di dalam industri. Jadi, melaburlah dengan amaun yang anda sanggup untuk menanggung kerugian sahaja. Walaupun keuntungan yang boleh dijana adalah bagus, anda harus melihat juga peratusan untuk kerugian jika berlaku apa-apa di dalam market. 

Baiklah, saya akan kemaskini berkenaan akaun ini lagi di entry yang akan datang. Sehingga kita berjumpa lagi. InsyaAllah. :) 



Friday, December 19, 2014

Kunci Kejayaan Berniaga Forex

12/19/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk menjadi seorang yang mencapai status "Kebebasan Kewangan" adalah menjadi impian semua insan di Malaysia. Kebebasan kewangan yang dimaksudkan disini bukanlah mempunyai wang yang berjuta-juta, namun pada tafsiran saya, ia adalah gabungan wang yang mencukupi untuk kegunaan sendiri dan juga orang dibawah tanggungan serta mampu menyumbangkan sebahagian dari kekayaannya kepada jalan kebajikan seperti sedekah dan juga sumbangan amal.


Namun begitu, untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam perniagaan Forex, ada beberapa kunci yang harus dipegang oleh seseorang. Sehingga ke hari ini, sejujurnya, saya masih belum lagi dapat memegang kunci tersebut. Jadi, apakah kunci yang saya maksudkan di sini? Ianya adalah:

1. Sabar 
Perniagaan Forex merupakan salah satu perniagaan yang mempunyai risiko yang paling tinggi. Tidak kira samada secara fizikal mahupun secara atas talian, pergerakan mata wang ini adalah sangat laju yang boleh menyebabkan aset seseorang menjadi positif dan negatif dalam sekelip mata. Namun begitu, sifat sabar ini tidak dapat dijual beli. Ianya terbentuk hasil dari pengalaman seseorang dalam menempuhi sesuatu liku dan ranjau dalam kehidupan. Buat masa ini, saya masih lagi dalam keadaan dimana saya harus belajar meningkatkan tahap kesabaran saya di dalam perniagaan ini. Sesungguhnya, sabar itu sebahagian daripada iman.

2. Teknik
Percaya atau tidak, mana-mana perniagaan yang berjaya, mereka pasti mempunyai satu teknik yang boleh menyedut duit dari pelanggan mereka. Begitu juga di dalam perniagaan forex ini. Guru saya pernah berkata, teknik ini mewakili 20% dari keseluruhan gaya trading seseorang. Ada orang yang berjaya dengan pelbagai teknik yang orang lain tidak dapat menguasainya. Oleh itu, carilah satu-satu teknik yang anda rasa ianya sangat membantu. Selepas itu, kuasai teknik itu dengan penuh mendalam. Saya pasti, satu hari nanti, anda pasti akan berjaya. InshaAllah.

3. Sikap
Seperti apa yang saya telah kongsikan di atas, teknik hanyalah mewakili 20% dari gaya trading seseorang. Selebihnya iaitu 80% adalah sikap trader itu sendiri. Kebanyakkan dari kita, gagal mengawal sikap yang menyebabkan banyak daripada kita gagal ketika berurusniaga forex.

Sejujurnya, saya masih lagi baru dalam industri ini, namun saya percaya jika kita berusaha, tidak ada apa yang  mustahil untuk dicapai. Namun semua itu perlu disertai dengan D.U.I.T iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan akhir sekali, Tawakal. 

Sehingga jumpa di entri yang seterusnya. :)

Sunday, October 26, 2014

Menuju Menjadi Profitable Trader

10/26/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama dah saya tidak mengemaskini blog ini. Alhamdulillah, sekarang saya berkesempatan masa untuk berkongsi pengalaman saya menjadi seorang pedagang forex baru. :)

Sebenarnya, minat untuk menceburkan diri didalam forex ini telah bermula sejak tahun 2010 lagi. Pada masa itu, saya belajar secara face to face dengan seorang guru forex yang boleh dikatakan agak senior didalam bidang ini. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya ke dalam dunia forex ini adalah Allahyarham En. Kamal Karsiman. Walaubagaimanapun, jodoh saya mempelajari forex secara mendalam pasa masa itu agak terbatas disebabkan oleh kesibukan yang melampau di pejabat.

Namun, sampai satu masa, keputusan harus dibuat. Saya  dah membuat keputusan untuk mempelajari semula ilmu forex ini. Ini juga merupakan salah satu cabang perniagaan yang saya sangat minat sejak dari kecil (Money Changer/ Pengurup Wang). Apabila saya menghabiskan masa-masa terakhir di PETRONAS pada September lalu, saya dah berazam untuk menjadi seorang profitable forex trader selain untuk mendalami ilmu ACCA. Dan sekarang, masanya telah tiba. :)

Untuk permulaan, baik rasanya kita mengetahu gaya-gaya trading didunia forex ini. Didalam forex ini, ada beberapa gaya trading yang diamalkan oleh para trader serata dunia. Antaranya yang paling popular:

1- Swing
2- Scalping
3- Hedging

Alhamdulillah, setakat hari ini, saya sudah mempelajari asas untuk ketiga-tiga gaya trading diatas, Tinggal untuk menyesuaikan diri dan mengamalkan sahaja. Jika benar apa yang saya belajar dari guru-guru forex ini, InsyaAllah, saya mampu menjadi seorang profitable trader.

Baiklah, saya akan berkongsi lagi artikel-artikel berkaitan forex dan juga ilmu pengurusan wang dimasa hadapan. Sebelum saya akhiri artikel ini, dibawah adalah salah satu akaun kecil saya (Cents Account) yang menggunakan broker FBS. Ini adalah catatan untung dan rugi untuk tempoh masa dari 20 hingga 24 October 2014.


Jumpa lagi. :)

Recent

recentposts

Random

randomposts