Showing posts with label Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Hartanah. Show all posts

Tuesday, July 12, 2016

Nota Kewangan 3

7/12/2016
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



1. Rumah adalah satu keperluan. TIdak kira samada rumah sewa mahupun rumah beli. Membeli rumah samada baru atau subsale, menjadi impian semua pasangan yang telah berumahtangga.



2. Namun, untuk membeli sebuah rumah, banyak perkara yang harus difikirkan sebelum sebarang keputusan boleh dibuat.

3. Antara salah satu faktor adalah keperluan menyediakan deposit pembelian. Untuk kebanyakkan orang yang pertama kali membeli rumah, mesti anda tercari-cari, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meminimumkan pembayaran deposit rumah ini.

4. Berikut adalah beberapa tips ringkas yang terbukti berkesan untuk mengurangkan bayaran deposit ini, atau mungkin juga tidak perlu langsung.

5. Membeli rumah secara terus dari pemilik asal atau subsale. Dengan cara ini, anda boleh meminta penjual tersebut untuk mark-up sebanyak 10% (atau beberapa % ikut persetujuan kedua belah pihak) dari harga sedia ada. Pastikan harga selepas markup adalah harga yang boleh diterima oleh pihak bank.

6. Membeli rumah terus dari pemaju. Kebanyakkan pemaju perumahan sekarang ini memang membuat promosi gaya ini untuk menjual unit mereka. Biasanya mereka akan meletakkan harga S&P adalah 10-20% lebih dari harga yang mereka tetapkan.

7. Jika penjual atau pemaju tidak bersedia dengan 2 cara diatas, anda boleh pula memohon untuk mengurangkan harga atau dengan kata lain, memohon rebat untuk pembelian ini. Jika mereka bersedia mengurangkan sebanyak 3-5 ribu pun, anda dah jimat banyak. Boleh gunakan duit ini dengan perkara lain yang penting.




8. Boleh juga anda menggunakan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan seperti program Youth Housing Scheme oleh BSN. Dengan program ini, kerajaan akan membayar sebanyak RM200 setiap bulan, selama 2 tahun. Ini sudah pasti dapat meringankan beban anda yang baru sahaja mempunyai komitmen untuk membayar ansurang bulanan rumah. Jika anda bertuah dan terpilih, Alhamdulillah.

Sunday, March 29, 2015

GST bukan faktor tunggal pengaruhi harga kediaman

3/29/2015

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menegaskan banyak faktor lain yang menentukan harga hartanah kediaman biarpun pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mungkin menyebabkan peningkatan harga sebanyak satu hingga dua peratus.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, berkata satu kajian menunjukkan kos bahan binaan, lokasi, pembelian tanah serta aspek permintaan dan penawaran adalah faktor penentu harga berkenaan.

Bercakap pada satu taklimat media di sini, hari ini, Chua berkata harga hartanah kediaman di kebanyakan bandar juga sudah meningkat sebanyak enam peratus setahun, malah di kawasan tertentu ia mencecah 10-20 peratus.
"Sebenarnya, pemaju tidak akan menaikkan harga kecuali ada permintaan tinggi terhadapnya.
"Pada masa ini, pelancaran projek baharu turut mengalami kelembapan berikutan syarat pinjaman yang lebih ketat.
"Ini menunjukkan bahawa GST adalah sebahagian kos berkenaan tetapi bukannya isu utama yang menentukan harga hartanah kediaman," katanya. - BERNAMA
Sumber : Berita Harian

Thursday, March 26, 2015

Hartanah : D'Sara Sentral Sungai Buloh, Selangor

3/26/2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semasa saya cek email hari ini. terdapat satu email yang diterima dari iProperty yang sedang membuat hebahan iklan untuk satu lagi projek dari pemaju Mah Sing Berhad. Projek yang dimaksudkan adalah D'Sara Sentral yang bertempat di Sungai Buloh. Mari kita lihat beberapa keping gambar projek ini yang saya perolehi dari sumber internet.








Jika ada duit lebih, bolehlah membuat pelaburan pada hartanah. InsyaAllah, ianya tidak akan rugi untuk jangka masa panjang - dengan syarat pemaju yang mengusahakan hartanah itu adalah dari pemaju yang mempunyai kredibiliti dalam dunia hartanah.

Thursday, December 25, 2014

Mengapa Rumah Adalah Medium Pelaburan Yang Bagus?

12/25/2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang anda semua sedia maklum, harga rumah di Malaysia saban hari semakin meningkat. Jarang kita dengar harga rumah akan menurun nilainya. Jika ada pun, pasti ianya adalah dikawasan yang terlalu ramai masalah dan juga di dalam kawasan hot spot untuk dilelong.


Hari ini, saya ingin berkongsikan kepada anda, beberapa sebab yang anda harus fikirkan, mengapa memiliki rumah adalah satu pelaburan yang ideal. Tips ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri yang sudah menyewakan rumah kepada beberapa orang penyewa sebelum ini. Antara sebab-sebabnya adalah:

1. Pendapatan sampingan (Passive Income)
Ya, jika tujuan pembelian rumah itu adalah untuk pelaburan, maka ianya disebut sebagai pendapatan pasif. Ianya kerana pada setiap bulan, penyewa akan memasukkan jumlah wang sewaan ke dalam akaun kita tanpa kita membuat apa-apa. Dan yang paling best, duit sewa ini akan masuk tepat pada berapa haribulan seperti yang termaksub di dalam perjanjian penyewaan.

2. Tidak perlu membayar ansuran bulanan.
Jika anda menyewakan rumah anda, pendapatan atau hasil sewa tersebut boleh digunakan untuk membayar ansuran di bank. Jadi, anda tidaklah terasa beban untuk memikirkan ansuran bulanan tersebut kerana ianya sudah "terjamin" yang ianya akan dbayar oleh penyewa sekarang.

3. Kenaikan harga rumah.
Sebuah rumah yang dibeli pada tahun 80an atau 90an pasti mempunyai nilai pasaran yang sudah melebih harga rumah itu. Misalnya di flat Seksyen 1 Wangsa Maju, khabarnya harga asal rumah tersebut adalah sekitar 25k pada tahun awal 90an. Namun sekarang, nilai pasaran tersebut sudah mencecah RM180k berdasarkan rujukan yang dibuat kepada Professional Valuer.


4. Pendapatan yang berterusan
Selagi anda adalah pemilik sah rumah tersebut, pastinya anda akan terus mendapat pendapatan pasif ini secara berterusan. Jika ianya berstatus Freehold, maka selama anda hidup, anda akan terus memperolehi pendapatan pasif ini. 

Jadi, dah jelas dengan beberapa sebab yang saya nyatakan diatas? Jika masih belum, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan pencerahan yang lebih lanjut. Saya akan bantu setakat mana yang saya boleh. InshaAllah. :)


Wednesday, June 25, 2014

Membeli Perabot dan Barangan Elektrik

6/25/2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kita telah membincangkan sebelum ini mengenai perbelanjaan bulanan anda. Bagaimana pula dengan wang yang akan anda gunakan untuk membeli perabot dan barangan elektrik?

Peraturan nombor 1 - Jangan gunakan pinjaman persendirian (personal loan) untuk membeli barangan ini. Bayar bila anda mampu menggunakan wang yang anda miliki sahaja. Untuk pembelian rumah pertama, membeli barangan perabot dan elektrik memerlukan wang yang cukup besar. 

Cuba gunakan wang tunai dan membeli kesemuanya tanpa sebarang hutang. Gunakan kad kredit dan bayar bila tiba masanya nanti. Anda juga boleh membeli barang yang tidak berjenama tetapi mempunyai kualiti yang baik sebagai alternatif menjimatkan wang. Selain dari itu, menurut pengalaman saya, membeli barangan elektronik di Pasaraya Besar seperti Tesco/Aeon Big adalah lebih murah berbanding membeli di kedai elektronik ditepi jalan. Ini kerana kebiasaanya pasaraya besar akan membeli secara pukal dan dapat menikmati diskaun yang banyak dari pengeluar atau pengedar tunggal.




Recent

recentposts

Random

randomposts