Showing posts with label Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan. Show all posts

Tuesday, May 30, 2017

Trip ke Medan, Indonesia (Part II)

5/30/2017
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hah, dah lama rasanya saya tidak kemaskini perjalanan kami ke Medan, 2 bulan lalu. Dalam Part I aritu, saya dah kongsi tentang perjalanan kami untuk hari pertama, sekarang ni saya nak kongsi tenang hari ke 2 pula.

Pagi-pagi lagi, kami bangun awal untuk hirup udara segar dan melihat pemandangan Danau Toba dari hotel kediaman. Suasan memang cantik. Hotel yang kami inap masa hari pertama adalah Hotel Patra Jasa Parapat Medan. Hotel dekat sini jauh dari kedudukan bandar Parapat, tapi, pemandangan dari sini sangat cantik sebab ianya berada di atas bukit. Selepas sarapan pagi, kami terus ke Jeti untuk menaiki bot ke Pulau Samosir. Hah, dekat tasik ni, ada pulau plak tuh. Tak banyak aktiviti yang kami buat disini. Hanya pergi ke Makam Raja di sini saja.







Selepas tuh, kami sempat makan tengah hari di Bandar Parapat. Macam biasa, makanan yang disediakan memang banyak berbanding jumlah kami yang hanya bertiga. Dekat sini, sempat juga kami merakamkan gambar kenang kenagan di tempat yang sangat terkenal di Danau Toba, iaitu I Love Danau Toba.







Kami teruskan perjalanan ke Bukit Indah Simarjarunjung. Dekat sini, apa yang paling terkenal adalah teh badrek (teh halia) dan juga pisang goreng. Disebabkan saya tidak berkenan sangat dengan teh halia, then saya pilih minum air kopi je. Pemandangan di sini memang cantik. Berbaloi ke sini, walaupun masa yang diperuntukkan adalah agak terhad.





Seterusnya kami singgah ke Air Terjun Sipisopiso. Difahamkan, ianya berada di paling hujung Danau Toba. Saya juga rasa, air terjun inilah yang telah membekalkan air yang berterusan ke dalam Danau Toba ni. Hah, aktiviti dekat sini memang takde la selain hanya ambil gambar air terjun. Macamlah dekat Malaysia takde kan? Haha. Dah alang alang sampai sini, ambil je la beberapa keping gambar sebagai bukti dah samapi ke Medan. (^_^). Kami juga ambil beberapa keping gambar yang diambil oleh Photographer disana. Pendapat saya, gambar yang mereka ambil adalah agak cantik berbanding kami punya, dan harga untuk sekeping gambar pun tidaklah begitu mahal.






Ok, dah puas bergambar disini, destinasi seterusnya adalah ke Berastagi. Perjalanan yang agak jauh dari satu tempat ke tempat lain, agak meletihan kami. Namun, rasanya berbaloi juga bila dapat tengok negara orang kan. Hah, nak cakap. sepanjang perjalanan kami di Medan, akan perasan beberapa kedai makan yang tulis B1 dan B2. Nak tahu tak apa maksud antara dua ni? nantikan post yang seterusnya ya. Hehe.

Di Berastagi, kami menginap di Hotel Green Garden. Hotel yang agak cantik dan juga bersih. Tapi kami tiba hotel ni dah dekat Maghrib, jadi tiada aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu malam. Sarapan malam kami di kedai Western, tapi makanan takde la western sangat. Haha. Ok lah. Kita sambung ke Part III plak nanti.




Jumpa lagi..

Tuesday, May 2, 2017

Trip ke Medan, Indonesia (Part 1)

5/02/2017
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rasanya, dah lama tak kemaskini blog ini. Kalau ikut tarikh post yang terakhir, memang sudah lama. Hehe..

Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik. Keluarga yang sakinah mawaddah. Alhamdulillah..

Ok, kali ni, nak share tentang trip yang telah saya rancang dan enjoy 2 minggu lepas iaitu pada 13 - 16 April 2-17, di mana saya dan keluarga telah terbang ke Medan, Indonesia. Trip kali ni, saya telah membuat tempahan melalui agen tempatan iaitu Herry Medan. Bagi saya, harga yang ditawarkan oleh Pak Herry sangat berpatutan, apatah lagi selepas saya membuat perbandingan di MATTA Fair 2017 di PWTC tempoh hari.

Rancangan nak ke Medan ni adalah secara tiba-tiba je. Haritu tengok tiket flight ke Medan macam murah, dan kebetulan pulak dah lebih dari setahun Asilah tak naik flight, so bawak la dia and sorang puteri ni ke Medan. Alaa.. banyak tulis plak kan.. Anda mesti nak tengok gambar banyak-banyak kan? Hehe.. Jom layan gambar..

Tempat wajib ambil gambar bila di Medan

 Bersama supir Andika - seorang yang peramah dan baik

 Didalam kedai Paten - kedai yang menjual barang berasaskan kacang-kacang.. Antara yang popular adalah Tengteng, Tongtong..

 Bergambar sekali dengan kereta supir.. Bersih dan selesa.
 Diruang swimming pool Hotel Patrajasa. View memang terbaik!

 Di depan lobi hotel.

 Sebab kami sampai sini dah agak petang, jadi kami dapat lihat pemandangan ketika sunset. Oh ya, semua bilik di hotel ini memang menghadap Tasik Toba.

Sajian makan malam kami di Parapat. Restoran masakan Minang.

Inilah antara lauk pauk yang disediakan. Bagi kami, lauk yang disediakan memang banyak sekali. Tak habis kalau makan berdua.

Flight yang kami ambil kali ini adalah menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines. Masa beli tempoh hari, saya dapat beli pada harga RM489 untuk 2 dewasa dan 1 infant. Kira ok la kan.. siap dengan luggage 30KG lagi.

Hari pertama ni tak banyak aktiviti sangat. Sebab perjalanan dari airport ke Parapat ni pun dah ambil masa dalam 4 jam gitu. Bila sampai dah petang, takde aktiviti sangat yang boleh kita buat. Banyak habiskan masa duduk didalam hotel je.

OK, nanti sambung dekat Part II ya.


Friday, May 22, 2015

Ho Chi Minh City - Rancangan Perjalanan

5/22/2015
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semoga anda masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik dan cemerlang hendakNya.

Entry kali ini saya ingin berkongsikan persediaan yang telah saya lakukan sekarang untuk perjalanan ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada 12 hingga 15 Jun 2015 nanti. Disebabkan ini adalah trip keluarga ke luar negara, banyak perkara kita kena bersedia dari awal untuk mengelakkan sebarang masalah pada waktu itu nanti. Untuk makluman, kali ini trip ini akan turut diikuti oleh abang dan kakak ipar sebelah isteri. Jumlah keseluruhan dewasa adalah 4 dan kanak-kanak adalah 3.



 1. Passport
Ini adalah perkara yang paling penting sekali dalam banyak-banyak perkara. Selain sebagai dokumen perjalanan yang sah, ianya akan dijadikan sebagai ketika hendak menginap dihotel nanti. Ada sesetengah hotel akan meminta kita meninggalkan passport di kaunter receptionist hotel. Untuk perjalanan ke luar negara, passport kita hendaklah mempunyai tarikh tamat sekurang kurangnya 6 bulan dari tarikh pelepasan penerbangan kita. Jika tidak cukup, potensi anda untuk  tidak dibenarkan keluar negara adalah tinggi. Ini pernah terjadi kepada rakan blogger lain yang hendak ke sana namun tidak perasan yang tempot tamat adalah dalam masa 6 bulan. Akhirnya, pihak Imigresen tidak melepaskan dia menaiki pesawatnya.


2. Tiket Flight
Untuk perjalanan kali ini, saya dan keluarga menggunakan pesawat Vietnam Airlines. Mesti anda tertanya kan mengapa tidak naik Air Asia sahaja? Hmm. Masa saya membuat perbandingan harga di Skyscanner.com, saya dapati tiket Air Asia adalah lebih mahal berbanding dari VN Airlines. Beza tu walaupun cuma dalam lingkungan RM60, tapi masih lagi dikira banyak sebab saya akan pergi dengan ramai peserta. Dengan menggunakan VN Airlines, tiket yang saya dapat untuk pergi dan balik bagi seorang adalah RM307. Ini termasuk dengan luggage percuma seberat 30kg dan juga makanan halal di dalam flight.


3. Hotel 
Disebabkan saya ini jenis yang melancong dengan bajet yang rendah, biasanya saya hanya akan pilih hotel bertaraf 2 bintang dan ke bawah. Isteri pula tidak kisah dengan hal ini asalkan ada tempat untuk tidur dan mandi. Kali ini, saya memilih untuk tinggal di Xavier Hotel. Harga yang saya dapat untuk 4 hari 3 malam adalah sebanyak RM230 termasuk cukai dan caj perkhidmatan. Bagaimana kondisi hotel ini? Saya tidak tahu. Saya akan kongsikan sebaik sahaja saya pulang dari sana nanti. :)


4. Rancangan perjalanan (Itinerary)
Sebelum memulakan perjalanan, saya amat menggalakkan anda mempunyai pelan sendiri tentang perjalanan anda disana. Setelah saya puas membaca blog berkaitan dengan HCMC ini, saya sudah menyediakan pelan dan juga bajet saya disana. Ini perlu untuk mengelakkan anda dari rasa bosan dan akhirnya hanya terperap di dalam bilik hotel sahaja.




Baiklah, sampai sini dulu. Nanti bila dah balik dari HCMC, saya akan update lagi tentang trip ini. Semoga anda sihat selalu. Amin. (^_^)

Nota: Semua gambar adalah ihsan dari Google.com



Tuesday, May 19, 2015

Trip ke Batam, Indonesia (Bhg. II)

5/19/2015
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ni, saya nak teruskan perkongsian cerita tentang short trip kami ke Batam pada 2 Mei 2015 yang lalu. Jika anda terlepas pandang Bahagian I, anda boleh klik disini.

Seperti yang telah dijanjikan menerusi aplikasi Whatsapps, kami dijemput oleh Pak Supir Irwan disana. Sebelum keluar dari jeti, Kak T sempat membuat tempahan kek lapis yang popular di Batam iaitu Lamoist. Saya tengok harganya, boleh tahan jugalah. Tapi disebabkan Kak T yang hendak beli, jadi, saya simpan je duit saya untuk beli kek lain. Hehe. Disini, kita diberi pilihan samada hendak membuat bayaran penuh atau bayaran deposit sahaja. Kak T pilih untuk buat bayaran deposit sahaja dan membuat bayaran penuh ketika mengambil kek tersebut pada petangnya. Setelah membuat tempahan dan bayaran deposit, kami terus mengikut Pak Irwan untuk ke ruang parking. Untuk keluar dari parking ini, tidak silap saya, sebanyak 3 ribu Rupiah akan dikenakan dan Pak Supir akan meminta kita yang membayarnya.

Destinasi pertama yang kami lawati tentulah Barelang Bridge. jambatan ini adalah lokasi wajib pergi jika ke Batam. Senibina adalah sperti jambatan di San Francisco, USA. Sambil menikmati pemandangan jambatan ini, kami hilangkan rasa dahaga dengan meminum air kelapa dan juga beberapa tongkol jagung bakar. Harga? Lebih kurang sama dengan di Malaysia.

Keluarga saya.



Keluarga Kak T






Kemudian, kami teruskan perjalanan untuk makan tengahari di sebuah restoran seafood. Untuk tempat yang lebih spesifik, nama restoran tersebut adalah Restoran Aneka Selera. (^_^). Makanan disini memang segar. Terdapat banyak sangkar ikan di kiri dan kanan restoran ini. Jangan terkejut, ikan dugong pun ada di sini juga ye. Tapi hanya sebagai pameran je. Masa yang diperuntukkan disini adalah sekitar 2 jam. Perbelanjaan makan seafood disini sekitar 600 ribu Rupiah. Untuk makan di sini, Kak T yang keluarkan duit dahulu.












Sebagai umat Islam, kita dimestikan untuk menunaikan kewajipan solat 5 waktu walau dimana kita berada. Oleh itu, destinasi kami seterusnya adalah menunaikan solat Jamak Taqdim di sebuah Masjid berhampiran Kem Tentera. Saya tidak begitu pasti nama Masjid ini, namun jalan masuk ke Masjid ini amat mendukacitakan. Walaubagaimanapun, Masjid ini kelihatan sangat cantik. Mungkin ianya dibina dalam sekitar 1-2 tahun lepas.

Aktiviti terakhir kami adalah shopping. Untuk pengetahuan, Batam ini juga terkenal dengan pelbagai jenis tas tangan yang sudah pasti bukan original, namun mempunyai gred yang baik. Kak T membeli 2 buah hand bag selepas puas meninjau ninjau di beberapa buah kedai. Ini pun sebab ada pesanan dari kakak ipar untuk membeli hand bag disana. Saya dan isteri tidak membeli sebarang hand bag kerana kami berpendapat, hand bag di Kenanga Wholesale Centre (KWC) di Kuala Lumpur lagi murah dan mempunyai kualiti yang lebih baik. Disini juga kami singgah untuk membeli kerepek sebagai oleh-ole dari Batam. Kerepek yang dibeli adalah kerepek nangka, pisang dan juga pisang salai. Kami membelanjakan sebanyak 600 ribu rupiah hanya untuk membeli kerepek ni semua. Banyak tak? Hehe..



Kak T tengah shopping dekat dalam tuh.



Last but not least, kami singgah ke "Welcome To Batam". Ini adalah ikon yang menunjukkan anda sudah sampai di Batam. Adalah dalam 3-4 keping gambar kami snap disini sebagai kenang kenangan.




Tepat jam 4.30 petang, Pak Supir telah menurunkan kami di Jeti. Selepas bersalam salaman, saya memberikan wang sebanyak 500 ribu Rupiah sebagai bayaran perkhidmatan supir untuk tempoh 7 jam. Di dalam kompleks Jeti, Kak T terus pergi ke kedai kek Lamoist untuk mengambil tempahan kek yang dibuat disebelah pagi tadi. Urusan Imigresen pula agak lama kerana dipenuhi oleh pelancong-pelancong Singapura yang hendak pulang ke negara mereka. Oh ya, bayaran Departure Tax hendaklah dijelaskan sebelum keluar dari Indonesia. Mengikut resit yang diberikan, ianya berjumlah 65 ribu Rupiah. Namun, kami diminta untuk membayar sebanyak 100 ribu Rupiah seorang. Ini sesuatu yang kami tidak boleh jelaskan di sini. Huhu.







Kami bertolak dari jeti Batam pada jam 5.30 petang dan tiba di Berjaya Waterfront sekitar jam 8.30 malam. Semoga trip ringkas ini dapat memberikan anda sedikit sebanyak panduan berguna jika ingin ke Batam nanti. InsyaAllah. (^_^)v.



Recent

recentposts

Random

randomposts