Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Sunday, January 13, 2019

Trip ke PETROSAINS, KLCC

1/13/2019
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak duduk KL ni, hampir setiap hari pergi ke KLCC sebab memang bertugas disini. Cakap la, area mana KLCC Suria ni yang tak pernah pergi lagi, rasanya semua tempat dah cover. Haha. Ok, tapi arini saja nak share tentang trip ringkas diberi nama Rombongan Abam Fauzie ke Petrosains. Today is 13 Jan 2019. Bunyi macam banyak je kan orang, tapi sebenarnya cuma bawa 2 orang je iaitu wife dan juga Alisyah.



Untuk pengetahuan, Petrosains ni berada di tingkat 4, dalam Suria KLCC Mall.Lokasi dia betul-betul di kawasan tengah, Waktu operasi setiap hari, kecuali hari Isnin. Bab tiket masuk ni, agak mahal sikit la.. Tapi insyaAllah berbaloi jika anda pergi meluangkan masa bersama keluarga pada hari BUKAN waktu cuti persekolahan. Haha. Ini kena mention sebab kami pernah pergi masa cuti sekolah, dan punya la ramai budak dekat sana. Kita nak ajak anak main sesuatu permainan pun terbatas sebab ramai budak dah menunggu dan berbaris panjang untuk main sesuatu game.

Meh, saya belanja sikit gambar yang diambil semasa didalam Petrosains. Just sebagai kenang kenangan untuk masa depan..














Sunday, January 6, 2019

Muzium & Galeri Seni, Bank Negara Malaysia

1/06/2019
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Minggu ini tidak ada plan nak ke mana-mana. Jadi saya berbincang bersama wife untuk pergi ke satu tempat yang saya dah lama nak pergi. Jeng jeng jeng.. Kat mana ya saya nak pergi tu? (^_^).

Ok, sebenarnya, saya hendak sangat pergi ke Muzium Bank Negara Malaysia. Ya betul tuh, Bank Negara pun ada muzium ke? tulah soalan yang mula-mula keluar dari minda saya. Jadi, selepas saya tahu kewujudan muzium ini, saya membuat sedikit research dan finally banyak juga info yang dapat melalui internet. Rata-rata, mereka memberikan maklumbalas yang baik.



Ok, kami satu family datang muzium ni pada 6 Jan 2019. Apa yang ada di muzium ni? dah nama pun Bank Negara, tentulah banyak benda yang berkaitan wang ada disini. Terdapat 4 tingkat yang dibuka kepada orang awam. Tingkat bawah sekali terdapat Cafe, kedai cenderamata dan juga bahagian untuk Kanak-kanak.

Di tingkat ke 2, terdapat info berkaitan dengan penubuhan BNM dan juga bank-bank lain seperti bank komersil dan juga perbankan islam. Di tingkat 3, terdapat kawasan berkaitan dengan wang-wang yang digunakan pada zaman dahulu kala sehinggalah ke zaman ini.Terdapat juga area dimana Gabenar ke 2 iaitu Tun Ismail Mohamed Ali didedikasikan.

Di tingkat 4, ada galeri lukisan. Saya pun tak pasti apa kaitan dengan bank negara, tapi sebab dah ada dekat saya, saya pergi je tengok untuk melengkapkan trip ringkas hari ni. Mungkin sebab nama muzium ni Art Gallery, so dia tambahlah kawasan galeri lukisan ni kot. haha. Meh saya belanja sikit gambar untuk trip ni.
















Secara keseluruhan, memang best juga pergi muzium ni. Dah la ada aircond, free plak tuh. Jadi memang sesuai untuk membawa seisi keluarga datang sini. Oh ya, untuk parking, memang disediakan. Cumanya, kena bayar RM5 untuk sekali masuk. Namun disebabkan saya pergi pada hari Ahad, jadi tiada caj yang dikenakan. Alhamdulillah.

Monday, December 31, 2018

Rendezvous Point Klia

12/31/2018
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bagi anda yang tidak pernah dengar perkataan diatas, ini adalah satu tempat dimana kita boleh melihat kapal terbang take off dan juga landing di Airport. Dekat sini, kita boleh melihat kapal terbang dengan lebih dekat. Ya, betul. jarak lebih kurang dalam 100 meter sahaja.

Apa yang menariknya disini? Sebenarnya pada pendapat saya, untuk kali pertama datang ke sini, memang agak jakun sikit. Ye la, biasa tengok kapal terbang dekat awan je. Kalau naik kapal terbang plak, tak nampak la kelajuan kapal terbang ketika nak naik ke udara kan.

Ketika saya datang, ramai juga orang lain yang meluangkan masa membawa family masing-masing kesini. Difahamkan, ada juga pengantin baru yang datang ke sini semata mata untuk mengambil gambar kenangan mereka. Jom lihat beberapa keping gambar yang sempat saya dan wife snap semalam.









Kebetulan, semasa saya sedang asyik melihat kapal terbang nak take off, terjadi di depan mata dimana enjin salah satu kapal terbang meletup sebelum sempat naik ke udara. Jadi, serta merta Pilot memberhentikan kapal terbang. Unit Bomba juga kelihatan dan standby berdekatan dengan kapal. Tapi Alhamdulillah, tiada apa-apa yang merbahaya. Semua selamat.

Overall, memang digalakkan untuk anda datang ke sini. Ianya adalah sesuatu pengalaman yang berharga dalam hidup. Oh ya, jika anda ingin ke sini, sebenarnya senang je. Dari Plaza tol KLIA, terus je sehingga jumpa Mitsui Outlet Park dan naik flight over ke KLIA2. Ikut laluan ke Balai Ketibaan. Selepas itu, anda akan jumpa signboard Hotel. Follow signboard itu sebab anda akan melalui Hotel Tune. Dekat simpang tiga di hujung jalan, belok ke kiri dan terus saja.

Kalau dah ke sana, jangan lupa untuk share picture korang ye. Hehe. Adious..

Sunday, December 30, 2018

Trip ke Port Dickson, 30 - 31 Dec 2018

12/30/2018
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Harini 30.12.2018, saya bawak satu family ke Port Dickson. Actually, tak rancang secara details pun nak ke sini. Namun, saya pun tak tahu nak bawak family ke mana sebab cuti saya dah apply and approved by Manager.  A

So, semalam baru decided nak pergi ke PD. Jadi, saya pun dengan segera membuat booking bilik hotel di Agoda. Alhamdulillah, masih ada lagi bilik kosong di Hotel Langit Langi. Esok esok saya review hotel ni.

Today, first location i brought my family was to Windmill PD. Ticket masuk adalah dalam RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Kalau bawah 90cm, masuk free je. Dekat farm ni, overall spent dalam 2 jam. Banyak juga kawasan yang boleh pergi. Wajib pergi adalah di kawasan farm sendiri. Ada pelbagai jenis binatang jinak dipelihara disini antaranya kuda, arnab, pelbagai jenis burung, kambing, burung unta dan juga tikus belanda.

Then, we went to PD Dreamwold Upside Down & 3D Art. Kalau dah nama Upside Down ni, maksudnya rumah terbalik lah. Haha. Tapi berbaloi juga datang sini, sebabnya ketika kami datang, harga promo tiket adalah RM15 untuk dewasa, dan kanak-kanak percuma. Dan yang terbaiknya, kita boleh enjoy dekat 2 area, Rumah Terbalik dan juga 3D Art. Ada juga rumah terbalik dan 3D art dekat kawasan lain, tapi harga setiap satu entrance adalah RM20-25 untuk dewasa. Huhu.

Aktiviti petang, pergi berkelah di pantai Port Dickson. Plan asal, nak tengok sunset. Alhamdulillah, tercapai juga. Cuaca sangat mengizinkan.





 


Overall, pelan arini semuanya berjalan lancar. Esok, dah nak check out and balik KL. Tapi, InshaAllah, ada nak pergi tempat lain pula. Hehe.

Ok.

Sunday, June 11, 2017

Trip ke Medan,Indonesia (Part IV - Final)

6/11/2017
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Rasanya tangan ni dah pun penat nak taip banyak-banyak pasal trip ke Medan tempoh hari. Bagi anda yang terlepas membaca trip ke Medan sebelum ni, anda boleh klik di bawah:

Trip ke Medan, Part I
Trip ke Medan, Part II
Trip ke Medan, Part III

Ok, untuk pengetahuan anda semua, trip yang saya pergi adalah untuk 4H3M, so tulisan kali ni adalah untuk merakamkan apa yang telah kami lakukan pada hari terakhir di sini.

Macam biasalah, selepas makan breakfast di hotel (actually sarapan breakfast di hotel ini adalah yang paling terbaik berbanding hotel-hotel sebelum ini disebabkan oleh pelbagai variety makanan), kami terus check out dan pergi ke Istana Maimun, Hah, Istanan ni actually dah jadi macam muzium dah. Raja yang ada pun, tidak mempunyai kuasa jika diluar kawasan Istana. Di sini, kami diterangkan oleh Tour Guide berkenaan asal usul kerabat Diraja Medan. Ada juga kaitan dengan kerabat di raja Johor, cuma dah tak ingat sangat story dia. Hehe.







To be honest, sebenarnya tiada apa-apa yang menarik disini. Tapi ok la, since dah ada dalam itenary program, then kita follow je. Lepas dah ambil gambar semua, kami terus ke Pasar Ikan Lama. Anda jangan keliru pula, kat sini takde jual ikan pun. Haha.. Kat sini adalah tempat untuk membeli belah macam telekung, baju-baju dan juga souvenir. Tapi mengikut pendapat wife, harga dekat sini lebih mahal berbanding di Bandung, jadinya kami tak shopping sangat.





Seterusnya, kami ambil gambar di tempat yang orang selalu pergi ke Medan, iaitu Menara Air Tirtanadi. Bolehlah ambil gambar sekeping dua, sebab takde apa2 yang menarik pun nak diambil. Haha..



Sebelum Pak Supir hantar balik ke airport, kami minta pak supir pergi singgah jap warung tepi jalan. Minum air sebelum gerak ke airport.






Ok, tamatlah sudah trip kami tahun ni ke Medan. Semoga anda enjoy membaca. Kalau ada apa2 yang nak ditanya, boleh la tanya di FB saya. Tak pun, boleh je direct terus dengan Pak Harry. InsyaAllah, layanan yang terbaik akan diberikan.

Sampai jumpa di post seterusnya. (^_^).

Recent

recentposts

Random

randomposts